SejaTi Madani mampu tingkatkan kesejahteraan masyarakat – Douglas

BETONG – Seramai 28 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Betong menerima dana Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi Madani) bernilai RM2.75 juta.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, penyaluran dana ini menyokong pelaksanaan 32 program yang mendapat kelulusan, dengan matlamat utama untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

“Antara program yang diluluskan ialah tiga kategori utama iaitu pertanian dan makanan, pelancongan dan hospitaliti serta jahitan dan kraftangan,” kata beliau ketika berucap  dalam satu majlis ringkas di Dewan Layar, Pejabat Daerah Betong pada Selasa.

Sementara itu, Douglas merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas inisiatif melaksanakan program yang penting dalam memastikan kesejahteraan masyarakat luar bandar terpelihara dan terus berkembang maju.

“SejaTi Madani bukan membawa perubahan kepada komuniti tetapi memberi peluang kepada masyarakat untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka,” kata beliau lagi.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM