Anwar harap insiden belasah OKU mental tidak berulang

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap insiden memukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di sebuah pasar tani di Kemaman pada Jumaat lalu tidak lagi berulang.

Anwar berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana rakyat Malaysia terutama orang Melayu mempunyai tahap kesabaran tinggi dan berbudi bahasa.

“Tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat kita tetapi ia sudah berlaku. Jadi saya berharap bahawa kejadian ini tidak berulang lagi dan jadi pengajaran pada kita semua.

“Agak merisaukan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga sedangkan insiden ia tidak menggambarkan (sikap) sebenar masyarakat di Terengganu.

“Hanya segelintir yang kurang sabar dan mengambil tindakan sendiri,” katanya.

Pesanan daripada Anwar itu disampaikan Setiausaha Politik beliau, Datuk Azman Abidin selepas melawat lelaki OKU mental di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, hari ini.

Sebelum ini, tular video berdurasi 1 minit 52 saat dalam media sosial memaparkan mangsa dipukul dan diheret beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, dekat Kemaman, pada pagi Jumaat.

Siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca apabila mangsa menunggang motosikal dan memasuki tapak jualan pasar tani lalu terlanggar sebuah gerai yang menyebabkan makanan jualan di gerai berkenaan terjatuh.

Mengulas lanjut, Azman berkata, insiden itu menimbulkan kebimbangan Perdana Menteri kerana budaya sedemikian bukan menggambarkan keadaan sebenar masyarakat Melayu yang terkenal dengan budi bahasa.

Related Posts

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

SEBANYAK 180 pasukan dari seluruh negara bakal berentap dalam tujuh kategori pada Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 yang akan berlangsung di Stadium Hoki Wisma Belia Indera Mahkota, dari 9…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

SEMPORNA – Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kampung Mentelitip Pegagau, Jalan Semporna-Tawau, di sini, pada Khamis. Ketua Balai Bomba…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

  • By Fatin
  • October 1, 2026
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

SARA bulanan mula dikredit hari ini

SARA bulanan mula dikredit hari ini