Kaunter sementara dibuka daftar SPay Global, mudahkan urusan orang ramai

SARIKEI – Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) merupakan bantuan kewangan kepada anak Sarawak yang disalurkan melalui baucar digital dan hanya boleh diakses melalui SPay Global.

Berikutan penyaluran hanyalah melalui Sarawakpay, kebanyakan penduduk di luar bandar mengalami kesukaran untuk mendaftar. 

Oleh itu, Pusat Servis Sarawak dengan bantuan sukarelawan telah mengambil inisiatif untuk membuka kaunter sementara di Sarikei.

Pada 21 hingga 23 Januari ini, kaunter sementara akan dibuka di Pejabat Daerah Julau.

Manakala, kaunter sementara turut dibuka di Dewan Masyarkat Meradong pada 23 hingga 25 Januari.

Kaunter sementara untuk bahagian Sarikei dilanjutkan ke Daerah Pakan pada 24 hingga 26 Januari 2025 bertempat di Bilik Serbaguna Pejabat Daerah Pakan. 

Pada tarikh yang sama juga turut dibuka kaunter pendaftaran di ruang legar, Aras 2 Pejabat Daerah Sarikei.

Semua pemohon dinasihatkan untuk membawa telefon pintar dan kad pengenalan. 

Permohonan SKAS dibuka sepanjang tahun sehingga 31 Disember ini dan semua anak Sarawak dialu-alukan untuk membuat permohonan.

Related Posts

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

TAWAU – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud yang berlaku di Semenanjung Minahassa Sulawesi, Indonesia pukul 12.25 pagi tadi dirasai di beberapa kawasan Pantai Timur Sabah iaitu Kunak, Lahad Datu dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

  • By Fatin
  • August 16, 2026
Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

Siri I: Budaya tabayyun benteng rakyat hadapi lambakan maklumat media sosial – Shamrahayu

Siri I: Budaya tabayyun benteng rakyat hadapi lambakan maklumat media sosial – Shamrahayu

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM