
SARIKEI – Seorang warga emas dari Kerubong Selalang Sarikei ditemukan meninggal dunia pagi tadi setelah dilaporkan hilang sejak petang semalam.
Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei, polis dan bomba Sarikei memulakan pencarian semalam selepas menerima laporan daripada keluarga mangsa serta dibantu oleh penduduk kampung.
Mangsa telah ditemui oleh orang awam pada jarak 500 meter dari lokasi terakhir mangsa dipercayai hilang.
Orang ramai dinasihati supaya sentiasa berjaga dan waspada pada musim hujan dan utamakan keselamatan.
Elakkan melakukan aktiviti di laut dan sungai dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri.







