Bekalan air di daerah Sandakan semakin kritikal akibat gangguan di loji utama

SANDAKAN – Keadaan bekalan air di daerah ini semakin teruk akibat gangguan serius di beberapa loji utama seperti Loji Hilltop, Sibuga dan Kebun Cina menyebabkan kekurangan bekalan air di kawasan tersebut.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Datuk Chew Kok Woh berkata, gangguan ini menyebabkan tekanan air rendah dan ketiadaan bekalan air, terutamanya di kawasan bangunan tinggi dan kawasan perumahan yang ada kalanya berlarutan sehingga dua minggu.

“Masalah ini telah dibangkitkan sejak awal tahun 2024 dan sekali lagi pada 6 Januari 2025, surat rasmi telah dihantar kepada Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Tujuannya adalah agar mereka memahami situasi sebenar kekurangan air yang dialami oleh penduduk di Sandakan, terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, punca utama masalah ini adalah penutupan Loji ‘Borehole’ Hilltop yang telah lama beroperasi tetapi secara tiba-tiba ditutup oleh Konsesi TIMATCH atas alasan kekurangan air.

“Dakwaan ini perlu disahkan dengan data penyelidikan.

“Selain itu, kurang kerjasama antara pihak konsesi kontraktor dengan Jabatan Air Daerah Sandakan turut menyebabkan pelbagai masalah yang membebankan penduduk,” katanya.

Tambahnya, sejak pemberhentian penyelenggaraan sementara Loji Segaliud oleh konsesi kontraktor Jabatan Air, masalah bekalan air semakin serius di sekitar daerah Sandakan.

Jelas Chew, walaupun Loji Sibuga dibenarkan beroperasi dengan satu pam sahaja pada satu masa ia masih tidak mencukupi untuk menampung permintaan bekalan air penduduk.

Katanya, memandangkan Loji Hilltop telah ditutup, beliau mencadangkan agar loji tersebut diambil alih oleh Jabatan Air Negeri Sabah untuk dipulihkan atau mencari sumber ‘borehole’ baharu di sekitar kawasan tersebut.

Beliau juga berharap agar cadangan pembangunan Loji Segaliud 2 dan Loji Maliau Basin dipercepatkan bagi memastikan bekalan air mencukupi pada masa hadapan.

Sementara itu, perkhidmatan lori tangki air Jabatan Air dihantar ke kawasan Jalan Leila dan Pasar Bandar Ramai-Ramai atas permintaan Chew bagi memastikan bekalan air sampai kepada penduduk yang terjejas.

“Sampai bila penduduk di sepanjang Jalan Leila perlu bersabar dan berkali-kali terpaksa meminta perkhidmatan Lori Air Bergerak Jabatan untuk bekalan air?,” soalnya.

Related Posts

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

KUANTAN – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari lembu di Hutan Simpan Sementah, Lanchang, Temerloh, semalam, ditemukan selamat petang tadi. Penolong Pengarah (Bahagian Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September