Malaysia bersedia sambut delegasi rasmi ASEAN

PUTRAJAYA – Beberapa kemudahan termasuk pengangkutan khusus daripada pintu kapal terbang dan laluan khas bagi menyambut kedatangan delegasi-delegasi rasmi Kepengerusian ASEAN siap disediakan, kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, dengan adanya kemudahan yang telah siap disediakan bagi tujuan Kepengerusian ASEAN itu nanti, penundaan operasi Aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak akan menjadi masalah besar buat acara itu nanti.

“Jadi saya lihat dari segi itu tidak berlaku masalah yang terlalu besar, malah kita berikan kemudahan yang lebih.

“Manakala berkait dengan sambutan tahun ataupun sepenuh tahun Melayu-Malaysia 2026, sudah pasti banyak daripada kemudahan yang dimaksudkan akan sedia menjelang tahun ini. Tapi untuk maklumat terperinci dan lanjut, boleh rujuk dengan pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB),” katanya ketika Sidang Media Pasca Kabinet pada Rabu.

Fahmi berkata, mesyuarat pertama daripada lebih 300 mesyuarat rasmi yang akan diadakan sepanjang Kepengerusian ASEAN akan bermula pada 18 dan 19 Januari sempena Pemukiman Menteri-Menteri Luar yang akan diadakan di Langkawi.

Jelas Fahmi, bagi mesyuarat pertama Kepengerusian ASEAN itu, Bernama ditugaskan sebagai penyelaras media rasmi manakala Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menjadi penyiar rasmi bagi sepanjang program-program Kepengerusian ASEAN.

“Ini sudah pasti adalah satu kebanggaan untuk kita dan insya-Allah kita akan menjadi hos yang baik kepada semua delegasi yang akan datang sepanjang tahun ini,” katanya.

Related Posts

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

KENYATAAN Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin letika membahaskan isu politik Kedah pada Perhimpunan Agong UMNO semalam ternyata mengundang perhatian ramai, khususnya dalam kalangan ahli politik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 3,000 serbu Program MADANI Kita di Gopeng

Lebih 3,000 serbu Program MADANI Kita di Gopeng

Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

  • By Fandi
  • September 13, 2026
Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS