Tiga maut kemalangan babit empat kenderaan

TIGA maut, manakala enam lagi parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan dekat KM226.5 (U) Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), dekat Rembau, Negeri Sembilan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.50 pagi itu, dua mangsa maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Siasatan awal membabitkan sebuah lori jenis Mitsubishi Fuso membawa muatan tanah dan bunga dipandu Mohd Esa Daharin, 73, dalam perjalanan dari arah Ayer Keroh, Melaka menghala ke Senawang, Seremban.

“Lori yang turut dinaiki dua kelindan warga Bangladesh itu dikatakan dipandu di lorong kiri dan dipercayai hilang kawalan ketika tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, lori terbabit kemudian dipercayai melanggar besi penghadang jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum terbabas semula ke kiri jalan.

“Pada masa sama, sebuah kereta Honda City dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun yang datang dari arah belakang di lorong kanan dikatakan tidak sempat mengelak lalu melanggar lori itu.

“Seterusnya, kereta jenis BMW dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun dan kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki – juga dari arah belakang – dipercayai turut melanggar lori terbabit,” katanya.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, pemandu lori serta kelindan dikenali sebagai Md Usuf Ali, 40, parah pada bahagian kepala dan maut di tempat kejadian.

“Seorang lagi kelindan berusia 40 tahun parah, manakala penumpang Honda City, Terence Ng Zhi Yang, 21, disahkan meninggal dunia sewaktu tiba di Hospital Rembau.

“Pemandu dan penumpang Honda City serta Toyota Vios mengalami cedera parah.

“Kesemua mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk tujuan bedah siasatan bagi mengetahui punca kematian,” katanya.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, K Kaveearassu di talian 01121581473.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

SARATOK – Sepasang kekasih ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan di Kampung Gerigat, Kabong, pada Selasa. Kedua-dua suspek masing-masing lelaki tempatan berusia 31 tahun dari Kampung Nyabor dan wanita tempatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

SIBU – Seorang wanita warga emas berusia 78 tahun dilaporkan hilang dipercayai selepas keluar menuju ke kawasan kebun berhampiran Rumah Philip Kayak, Durin pada petang Rabu. Pusat Gerakan Operasi Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3