Jangan jadikan video montaj TMM2026 bahan politik

PUTRAJAYA – Elemen seni bina masjid akan dimasukkan dalam video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) yang lebih terperinci dalam masa terdekat.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing berkata, video montaj yang dikritik selepas tidak mempamerkan elemen masjid sebelum ini hanyalah video pelancaran ringkas dengan durasi 41 saat.

Menurutnya, fokus utama video montaj itu adalah menampilkan keunikan Malaysia secara inklusif, justeru semua pihak diminta tidak mempolitikkan isu berkenaan.

“Saya berharap semua pihak memahami video pelancaran seperti ini sememangnya tidak boleh terlalu panjang atau terperinci.

“Malaysia mempunyai pelbagai keindahan dan keunikan, termasuk seni bina masjid yang memukau.

“Untuk itu, elemen-elemen tersebut telah dimasukkan dalam video promosi yang lebih terperinci serta memaparkan setiap elemen dengan lebih khusus, di mana video ini dalam proses peringkat akhir dan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Mana-mana elemen menonjolkan seni, budaya dan daya tarikan pelancongan Malaysia secara menyeluruh akan disertakan dalam video tersebut seperti silat, tarian ngajat dan tarian sumazau yang melambangkan keindahan budaya dan semangat perpaduan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Video montaj TMM 2026 menerima kritikan termasuk daripada pemimpin pembangkang yang menggesa MOTAC menarik balik video berkenaan kerana didakwa cuai berikutan tiada elemen masjid dipaparkan, sedangkan terdapat paparan rumah ibadat seperti gereja dan kuil.

Mengulas lanjut, King Sing menegaskan, tujuan utama video montaj ringkas pelancaran Kempen TMM 2026 adalah untuk mempromosikan pelancongan, keindahan seni, budaya dan produk pelancongan Malaysia secara keseluruhan termasuk perpaduan, perkembangan ekonomi serta hala tuju negara pada masa depan, bukannya mengenai agama atau perkauman.

Berikutan itu, King Sing melahirkan rasa amat kesal dengan tindakan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab dalam memanipulasi isu berkenaan sebagai sentimen agama dan perkauman serta bahan perpecahan.

“Sikap golongan ekstremis seperti inilah yang sebenarnya mencabar keharmonian sosial kita, bukan usaha promosi dilakukan oleh kementerian.

“Saya juga menentang keras tindakan segelintir pihak yang cuba memutarbelitkan usaha kami sebagai satu agenda yang bercanggah dengan semangat Malaysia Madani.

“Sepatutnya, kita semua mengutamakan perpaduan, saling hormat-menghormati dan kesejahteraan bersama.

“Kami sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk negara. Saya berharap semua pihak dapat memahami bahawa fokus utama adalah untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia serta mengukuhkan ekonomi negara melalui sektor pelancongan, seni dan budaya,” katanya.

Sehubungan itu, King Sing meminta kepada semua pihak, tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang, agar tidak menjadikannya sebagai isu agama atau perkauman.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula