Nilai ringgit kembali meningkat

PUTRAJAYA – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini, walaupun permintaan terhadap mata wang selamat meningkat berikutan ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan dan risiko geopolitik tinggi, kata penganalisis.

Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4575/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4645/4700 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pada masa ini ringgit berada dalam kedudukan terlebih jual.

“Ini mungkin menarik minat pelabur untuk membeli ringgit, memandangkan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak berhasrat untuk melonggarkan dasar monetarinya tahun depan.

“Ini berbeza dengan kalangan bank pusat serantau seperti di Indonesia, Filipina, dan Thailand, yang telah mula melaksanakan kitaran pengurangan kadar faedah masing-masing tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, di peringkat luaran, keadaan kini lebih memihak kepada dolar AS apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka melonggarkan dasar monetarinya secara lebih beransur-ansur pada 2025.

Mohd Afzanizam berkata, Fed kemungkinan mengekalkan Kadar Dana Persekutuan (FFR) di atas paras neutral, kadar yang tidak bersifat pengembangan atau penguncupan bagi ekonomi.

“Berdasarkan unjuran terkini Fed, kadar neutral berada di sekitar 3.00 peratus. Pengurangan sebanyak 50 mata asas lagi boleh menyebabkan FFR berada pada 4.00 peratus tahun depan, yang menunjukkan dasar monetari akan kekal ketat.

“Berdasarkan ini, pasangan ringgit-dolar AS mungkin bergerak sekitar RM4.46 hari ini,” katanya.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama, kecuali berbanding yen Jepun.

Unit domestik meningkat berbanding pound British kepada 5.5933/6090 daripada 5.6146/6215 ketika ditutup semalam, dan naik berbanding euro kepada 4.6385/6515 daripada 4.6583/6640.

Related Posts

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

KUALA LUMPUR – Malaysia memerlukan lebih banyak syarikat tempatan yang mampu berkembang daripada perusahaan berpotensi kepada juara nasional sebelum muncul sebagai peneraju di peringkat serantau bagi memperkukuh daya saing ekonomi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama dan hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan pengumuman data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ismail Sabri masih dirawat di IJN, pendakwaan dijangka diteruskan hari ini

Ismail Sabri masih dirawat di IJN, pendakwaan dijangka diteruskan hari ini

RM200,000 diperuntuk bantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning

RM200,000 diperuntuk bantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning

Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

PKR Tawau prihatin, program minyak hitam bantu ‘rider’ belia

PKR Tawau prihatin, program minyak hitam bantu ‘rider’ belia

Salah sah sertai Trabzonspor

Salah sah sertai Trabzonspor

MAIS kekal rekod audit bersih 20 tahun, dakwaan salah urus dana tidak berasas

MAIS kekal rekod audit bersih 20 tahun, dakwaan salah urus dana tidak berasas