Perkeso capai sasaran 100 peratus caruman suri rumah, jumlah RM61.5 juta

SERAMAI 512,518 wanita telah mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengikut Akta Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) sekali gus berjaya mencapai sasaran 100 peratus pada tahun 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Sosial Suri Rumah Perkeso, Kasthuri Patto berkata, jumlah itu membaabitkan nilai keseluruhan caruman sebanyak RM61.5 juta.

Menurut beliau, semua wanita di negara ini sama ada berstatus bujang, bercerai, kehilangan suami, ibu tunggal, ibu tinggal malah wanita bekerja yang menjalankan tanggungjawab hakiki boleh mencarum dengan RM120 setahun.

“SKSSR turut melindungi suri rumah yang ditimpa penyakit atau keuzuran.

“Faedah perlindungan bencana domestik termasuk faedah perubatan, faedah hilang upaya kekal, elaun layanan sentiasa, faedah pengurusan mayat, kemudahan pemulihan jasmani atau dialisis serta pencen penakat.

“Selain itu, SKSSR ini turut melindungi wanita yang ditimpa kemalangan atau kecederaan lain ketika sedang bercuti dalam negara,” katanya ketika sidang media pada Isnin.

Dalam pada itu, Kasthuri berkata, walaupun lebih setengah juta suri rumah bagi SKSSR mendaftar dibawah skim itu, namun ia hanya meliputi 16.5 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Beliau berkata, masih ada lebih 2.6 juta suri rumah yang belum lagi mendaftar untuk perlindungan ini.

“Daripada jumlah suri rumah yang mendaftar sebagai pencarum SKSSR, sehingga bulan November lalu, Perkeso meluluskan sebanyak 2,019 kes tuntutan dengan faedah bernilai RM3.9 juta.

“Ini membuktikan keberkesanan skim ini dalam menjaga kebajikan suri rumah sekali gus membantu meningkatkan kesejahteraan sosial mereka,” katanya.

Sementara itu, Kasthuri berkata, Selangor menjadi negeri tertinggi pendaftaran pencarum sukarela iaitu 13,546, diikuti Johor (6,847) dan Perak (4,853).

“Bagi inisiatif kerajaan pula, Sabah paling tinggi dengan 88,034, diikuti Sarawak (87,775) dan Kelantan (67,755),” katanya.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP