Pertikaian maritim: Malaysia akan bincang secara ‘adik-beradik’ dengan China

KUALA LUMPUR – Konflik tuntutan di perairan Laut China Selatan akan diselesaikan secara perbincangan ‘adik-beradik’ antara Malaysia dan China.

Menurut Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin, kerajaan bersetuju pendekatan mengeluarkan nota bantahan semata-mata kepada negara-negara yang terbabit dalam pertikaian tuntutan di perairan Laut China Selatan tidak mencukupi.

Justeru kata Mohamad, platform dan mekanisme seperti rundingan dan perbincangan dua hala juga perlu terus diperkasa serta diperhebatkan bagi menyelesaikan sebarang isu berbangkit.

“Saya setuju bukan hanya perlu nota bantahan tetapi mekanisme lain seperti perbincangan antara dua pihak.

“Proses rundingan antara dua pihak juga perlu diperhebat supaya kita boleh bincang secara ‘adik beradik’ untuk menyelesaikan dan menjernihkan isu tertentu.

“Pendekatan kita harus soft power, soft skill dalam urusan-urusan yang dilihat begitu kontroversi, jangan sampai ada isu yang menimbulkan ketegangan (escalation),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada Khamis.

Mohamad berkata demikian sebagai respons kepada pandangan bekas Menteri Luar, Senator Tan Sri Anifah Aman pada sesi itu yang menyatakan bahawa pendekatan mengeluarkan nota bantahan bukanlah penyelesaian untuk menangani isu pertikaian tuntutan di perairan Laut China Selatan kerana ia sekadar bertujuan untuk rekod pihak-pihak berkenaan.

Mengambil pengalamannya dengan menjadikan Vietnam sebagai contoh, Anifah berkata, negara itu kekal sebagai sumber sokongan yang paling kukuh Malaysia dalam isu pertikaian tuntutan di Laut China Selatan dahulu kerana pendekatan beliau yang sering menekankan perbincangan secara dua hala.

“Tiada yang lebih penting daripada hubungan dua hala. Saya berhubung melalui telefon dengan kebanyakan, jika tidak semua, menteri Asean.

“Kalau ada sedikit masalah, kita telefon terlebih dahulu sebelum isu tersebut (masalah) dibawa ke media atau dikeluarkan secara umum.

“Yang penting, saya ingin tekankan bahawa kita tidak boleh menyelesaikan masalah hanya dengan nota bantahan. Pergilah ketuk pintu dan katakan, bolehkah kita duduk dan berbincang. Supaya ini tidak menjadi masalah yang besar,” kata Anifah.

Terdahulu, menjawab soalan tambahan Senator Datuk Bobbey Suan mengenai implikasi tindakan kerajaan Filipina yang meluluskan akta baharu menyentuh soal tuntutan terhadap Sabah dan peta melanggar sempadan maritim negeri itu, Mohamad berkata, kerajaan tidak berkompromi berhubung isu itu malah telah menghantar nota bantahan mengenainya.

Beliau berkata, Sabah merupakan sebuah negeri yang menyertai Malaysia pada 1963 dan telah melaksanakan hak mereka (right to self-determination) untuk bersama-sama di dalam persekutuan berkenaan, melalui pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Jadi Filipina tidak ada hak untuk mengatakan bahawa Sabah itu adalah milik mereka dan dalam konteks ini, setelah mendapat nasihat daripada semua agensi, Kementerian Luar telah menghantar nota bantahan kita terhadap Filipina bahawa akta-akta yang telah diluluskan itu, tidak selari dengan semangat undang-undang antarabangsa kerana melangkaui sempadan maritim kita,” katanya.

Related Posts

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

PUTRAJAYA – Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kelantan membuktikan Kerajaan MADANI tidak meminggirkan mana-mana negeri, sebaliknya mengutamakan kepentingan rakyat merentasi perbezaan politik. Timbalan Naib Canselor Akademik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan bagi mana-mana kuasa luar untuk mengambil alih kawalan Selat Melaka kerana laluan perairan strategik itu kekal aman serta mampu diuruskan sepenuhnya oleh negara serantau. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

Malaysia dipuji ulama antarabangsa, jadi penggerak penyatuan dan keamanan

Malaysia dipuji ulama antarabangsa, jadi penggerak penyatuan dan keamanan

Sarawak berpendirian teguh dalam MA63, tiada kompromi hak Sarawak – Sharifah Hasidah

Sarawak berpendirian teguh dalam MA63, tiada kompromi hak Sarawak – Sharifah Hasidah

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa