Kenaikan gaji mampu tingkat produktiviti penjawat awam

TAWAU – Pelarasan gaji menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang direalisasikan Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berupaya meningkatkan produktiviti penjawat awam.

Bagi Nurliyana Miza Jabidi, dengan pelarasan yang dinikmati hari ini, ia merupakan satu langkah positif meningkatkan motivasi dan produktiviti penjawat awam terhadap perkhidmatan mereka dalam sistem penyampaian kerajaan.

“Selain itu, ini juga memberikan manfaat kepada kesejahteraan ekonomi penjawat awam yang sudah pasti dapat mengurangkan tekanan kewangan yang dialami oleh penjawat awam,” katanya ketika dihubungi wartawan The Malaysia Press di sini pada Khamis.

Seorang pendidik, Sitti Fairuz Ali juga senada pelaksanaan penyelarasan gaji terdapat pro dan kontra bagaimanapun dapat menambah baik kemajuan kerjaya dalam perkhidmatan.

“Kenaikan gaji selepas pelaksanaan SSPA ini memberikan peningkatan nilai pendapatan kepada penjawat awam walaupun terdapat beberapa elaun yang telah dipegunkan.

“Namun, SSPA juga dapat membantu menaik taraf sistem perkhidmatan jika dijalankan dengan telus mengikut kriteria penilaian yg diberikan kepada ketua-ketua jabatan untuk menilai kakitangan yang berada di bawah seliaan,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT).

Pelarasan gaji dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi fasa satu dan pada 1 Januari 2026 bagi fasa dua.

Related Posts

Kestabilan politik pacu kesinambungan projek pembangunan mega di Limbang

LIMBANG – Rakyat diseru untuk terus mengekalkan kestabilan politik bagi menjamin kesinambungan kemasukan pelaburan, kelancaran ekonomi serta pelaksanaan projek infrastruktur yang mampan di Sarawak. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mayat wanita dalam beg di Sungai Perak, dipercayai dibunuh

KUALA KANGSAR – Mayat seorang wanita yang ditemukan dalam sebuah beg pakaian di Sungai Perak berhampiran Jeti Lembah Kuala Kangsar, pada Jumaat, disahkan meninggal dunia akibat dipercayai dibunuh. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kestabilan politik pacu kesinambungan projek pembangunan mega di Limbang

Kestabilan politik pacu kesinambungan projek pembangunan mega di Limbang

Mayat wanita dalam beg di Sungai Perak, dipercayai dibunuh

Mayat wanita dalam beg di Sungai Perak, dipercayai dibunuh

Anwar nafi hubungan dengan Zahid retak

Anwar nafi hubungan dengan Zahid retak

Bayangan langkah baharu kerajaan menjelang Belanjawan 2027 – Anwar

Bayangan langkah baharu kerajaan menjelang Belanjawan 2027 – Anwar

5.3 juta penerima STR Fasa 3 bermula hari ini – MoF

5.3 juta penerima STR Fasa 3 bermula hari ini – MoF

Anwar tegaskan memang berlaku ‘sakau’ dalam Tabung Haji

Anwar tegaskan memang berlaku ‘sakau’ dalam Tabung Haji