Dua syarikat diarah henti melombong di Gua Musang, punca pencemaran Sungai Kelaik – Nik Nazmi

KUALA LUMPUR – Dua syarikat perlombongan diarahkan menghentikan kerja-kerja melombong kerana dibimbangi menjadi punca pencemaran Sungai Kelaik, Gua Musang, Kelantan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, arahan pemberhentian kerja melombong itu dikeluarkan kementeriannya melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan diserahkan kepada dua syarikat iaitu Syarikat Perlombongan Gua Musang Sdn. Bhd (Redstar Capital Sdn. Bhd.) dan Syarikat Aqua Orian Sdn. Bhd.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan siasatan yang dijalankan JAS berkaitan pematuhan kedua-dua syarikat terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).

“Hasil siasatan mendapati Syarikat Aqua Orion Sdn. Bhd. telah menjalankan aktiviti tanpa mendapat kelulusan di bawah subseksyen 34A(3). Kertas siasatan akan dibuka dengan segera di bawah subseksyen 34A(6).

“Syarikat Perlombongan Gua Musang Sdn. Bhd. (Redstar Capital Sdn. Bhd.), hasil siasatan mendapati premis tidak beroperasi di mana tiada sebarang kerja-kerja mengorek bijih besi atau memproses bijih besi dijalankan.

“Tindakan penguatkuasaan akan diambil di bawah Akta 127 sekiranya didapati penggerak projek gagal mematuhi mana-mana syarat kelulusan Laporan EIA (Penilaian Impak Alam Sekitar) bagi memastikan pelaksanaan projek dapat mengurangkan dan meminimakan kesan kepada reseptor sensitif alam sekitar,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan pada Rabu.

Menurut Nik Nazmi, JAS juga akan mengemukakan surat kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan supaya menangguhkan kelulusan pembaharuan lesen melombong kepada pihak Syarikat Aqua Orion Sdn. Bhd. sehingga Laporan EIA dikemukakan untuk penilaian dan kelulusan.

“Pemantauan akan dilaksanakan secara berterusan di tapak projek dan sebarang ketidakpatuhan di bawah Akta 127 akan diambil tindakan perundangan yang tegas.

“Sekiranya disabitkan kesalahan, pesalah berhadapan dengan hukuman penjara mandatori selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM100,000 dan tidak melebihi RM1,000,000,” katanya.

Tegasnya, pihaknya komited dan mengambil tindakan tegas dalam menangani sebarang isu berhubung pencemaran dan menyeru orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1800882727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke aduan_k@doe.gov.my melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.

Related Posts

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

CYBERJAYA – Kerajaan MADANI akan meneliti cadangan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah supaya status bebas cukai di Langkawi dikembalikan bagi merancakkan semula sektor pelancongan di pulau terbabit. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

PUTRAJAYA – Pengamal media, khususnya wartawan, jurufoto dan juruvideo memohon pertimbangan kerajaan supaya kuota 300 liter RON95 yang dinikmati sebelum ini dikekalkan. Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) berkata, keputusan kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

Insiden bot migran karam tidak berlaku di perairan negara – Maritim

Insiden bot migran karam tidak berlaku di perairan negara – Maritim

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media