Bayi lelaki masih hidup ditinggal dalam semak dekat surau

MANJUNG – Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa ditemui seorang ahli jawatankuasa (AJK) surau dalam keadaan berbalut dengan kain di kawasan semak dekat sebuah surau di Kampung Permatang, Setiawan, pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Hasbullah Abd Rahman, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan bayi tersebut pada 6.45 petang.

Katanya, siasatan mendapati, bayi itu dijumpai oleh salah seorang AJK surau yang hadir untuk aktiviti membersih kawasan sekitar surau.

“AJK surau itu terdengar bunyi tangisan bayi dan mengekori bunyi tersebut sehingga menemuinya di kawasan semak.

“Bayi tersebut telah dirujuk ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut,” katanya pada Ahad.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan polis sedang mengesan ibu kepada bayi tersebut.

Orang awam yang mempunyai maklumat boleh hubungi Inspektor Nur Munawara Ahmad, di talian 011-1624 0391 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung 05-688 6222 dan hotline Whatsapp 014-682 8005.

Related Posts

Subsidi BUDI Diesel legakan beban rakyat, catat lebih 80,000 transaksi awal

Oleh: Jasmine AE, Nana Mohamad, Helda Julie, Hafiq Hassan KUCHING – Pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang bermula 1 Julai membolehkan pemilik kenderaan persendirian berkelayakan menikmati harga diesel…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dedah bahaya dadah seawal sekolah rendah, putus rantaian akar umbi

MUKAH – Pendidikan pencegahan dadah perlu didedahkan secara agresif seawal di bangku sekolah rendah bagi memutuskan rantaian penularan musuh nombor satu negara itu di peringkat akar umbi. Pengerusi Skuad Antidadah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Subsidi BUDI Diesel legakan beban rakyat, catat lebih 80,000 transaksi awal

Subsidi BUDI Diesel legakan beban rakyat, catat lebih 80,000 transaksi awal

BN mungkin hilang kuasa mutlak selepas PRN Johor

BN mungkin hilang kuasa mutlak selepas PRN Johor

Dedah bahaya dadah seawal sekolah rendah, putus rantaian akar umbi

Dedah bahaya dadah seawal sekolah rendah, putus rantaian akar umbi

Pemuda PBB minta Putrajaya, SPR segerakan kelulusan 17 kerusi DUN Sarawak

Pemuda PBB minta Putrajaya, SPR segerakan kelulusan 17 kerusi DUN Sarawak

Cheah tekad bangunkan Serkat sebagai destinasi pelancongan, perkasa infrastruktur

Cheah tekad bangunkan Serkat sebagai destinasi pelancongan, perkasa infrastruktur

Pengeluaran ATM antara bank kini percuma, caj RM1 dimansuhkan mulai hari ini

Pengeluaran ATM antara bank kini percuma, caj RM1 dimansuhkan mulai hari ini