Pejalan kaki maut dirempuh Axia

KOTA KINBALU – Seorang pejalan kaki lelaki maut akibat dirempuh kereta jenis Axia yang terbabas di bahu jalan di Sutera Avenue pada Ahad.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, TPgB I Ordine Gilu, mangsa dikenali sebagai Mohd Mujibur Rahman Mangkasar, 34 tahun.

“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Produa Axia terbabas di bahu jalan.

“Terdapat seorang mangsa (pejalan kaki) terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” jelasnya.

Katanya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, sebaik menerima panggilan pada pukul 2.50 pagi sepasukan enam anggota BBP Kota Kinabalu bersama Komander Operasi Kanan PBK II KUP Adnan Sapawi dikejarkan ke lokasi kejadian.

Operasi ditamatkan pada pukul 3.21 pagi sebaik tiada bahaya lain wujud.

Related Posts

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa