Industri getah ada potensi terus berkembang

SUNGAI BULOH – Industri getah masih berpotensi untuk berkembang, sekali gus menjadi antara penyumpang terbesar ekonomi negara.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, dengan adanya teknologi moden, industri itu dapat menjadi lebih produktif, efisien dan berdaya saing.

“Industri getah adalah satu industri yang signifikan kepada negara. Sejak 1930-an sehinggalah tahun 1990, Malaysia pengeluar terbesar getah asli dunia.

“Pencapaian ini disumbangkan oleh beberapa faktor termasuklah permintaan tinggi bagi getah, peranan pusat penyelidikan seperti Rubber Research Institute of Malaysia (RRIM) dan penggiat industri yang dapat memanfaatkan peluang yang ada di pasaran dunia,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Hari Teknologi Getah anjuran Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2024 di sini, hari ini.

Kata Johari, dalam usaha meningkatkan produktiviti getah, LGM membangunkan beberapa hasil penyelidikan.

“Antaranya adalah klon keberhasilan tinggi dan berdaya tahan, teknik torehan lebih produktif, prosedur pemulihan kawalan penyakit pokok getah seperti pestalotiopsis, bahan perangsang lateks seperti stimulan RRIM Hydrobest dan banyak lagi.

“Aplikasi ini, jika digabungkan dengan Amalan Pertanian Baik (GAP) dijangka dapat meningkatkan produktiviti getah di Malaysia.

“Sebagai contoh, pengurusan ladang pintar dapat memastikan operasi ladang yang sistematik dan teratur dengan penggunaan teknologi seperti sensor tanah dan dron untuk pemantauan ladang yang lebih efisien.

“Solusi seperti ini dapat membantu pekebun kecil meningkatkan hasil dan mengoptimumkan kos operasi,” jelasnya.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat