Rakyat puas hati, ‘lepas geram’ membeli di Jualan Termurah Madani Selangor

RATA-RATA pengunjung yang hadir di Jualan Termurah Madani (JTM) peringkat negeri Selangor hari ini berpuas hati kerana dapat ‘melepaskan geram’ membeli barangan keperluan harian.

JTM yang diadakan di tapak pasar malam Taman Pinggiran Batu Caves mula diserbu orang ramai bermula pukul 8 pagi.

Seorang pengunjung yang mahu dikenali sebagai Din, 37, berkata, dia dan isteri tidak melepaskan peluang untuk membeli barangan basah seperti, ikan, ketam dan udang dalam kuantiti yang banyak.

“Memang sangat murah berbanding di kedai, pasar raya biasa. Sangat puas hati dengan harganya, hari ini saya beli ikan selar, ikan tilapia, udang dan ketam.

“Ketam ini di sini RM23 seekor, biasanya RM38, memang murah lah, saya beli banyak ketam, dapatlah lepaskan geram sebab dah lama kami sekeluarga tak makan ketam,” katanya yang menetap di Kampung Nakhoda, Selayang.

Bagi Fariza Ramli, 40, dia berpuas hati kerana dapat ‘memborong’ barang basah dengan harga yang murah.

“Saya dapt beli ikan lolong 50 sen seekor, beli banyak untuk dimakan sekeluarga. Mana nak dapat harga macam ni.

“Alhamdulillah program macam ini memang banyak membantu saya dan saya percaya ramai yang suka kalau ia diadakan lebih kerap, sebulan sekali pun ok.

“Saya dapat beli beras, telur, ayam pada harga yang murah. Ini memang meringankan beban kos sara hidup saya sekeluarga,” katanya.

Sementera itu bagi yang bekerja sendiri seperti Mizan Abdul Hamid, 58, berkata, program JTM ini telah dapat meningkat kuasa pembeli orang ramai.

“Harga sangat berpatutan, saya dapat beli ikan siakap, kembung, sotong, udang, sayur sayuran dalam RM84 sahaja.

“Barang banyak ni kalau kat tempat lain tak dapat macam ni, mesti RM100 lebih. Jadi ini sangat membantu kuasa membeli golongan seperti saya ini. Alhamdulillah kerajaan kena selalu buat program macam ini untuk rakyat,” katanya.

JTM Selangor yang dirasmikan peluncurannya oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari hari ini mencapai matlamatnya apabila semua barangan laris terjual.

Antara barangan yang dibawa menerusi jualan hari ini adalah barangan basah seperti ikan, ketam, sotong sebanyak lima tan diikuti ayam 1,000 ekor, telur (900 sarang) dan beras 5 kilogram (900 kampit).

Dianggarkan, lebih 5,000 pengunjung sekitar Gombak dan ibu negara hadir memeriahkan program JTM ini.

Related Posts

Agro Tamu Medamit terus perkasa ekonomi masyarakat luar bandar

LIMBANG – Penganjuran Agro Tamu Medamit terus menjadi platform penting dalam merancakkan pertumbuhan sosioekonomi komuniti luar bandar, khususnya di kawasan Medamit dan Batu Danau. Program anjuran Jawatankuasa Tamu Medamit itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Orang Asli Gua Musang risau projek jalan perhubungan desa tertangguh

GUA MUSANG – Penduduk Orang Asli di beberapa pos pedalaman di sini meluahkan kebimbangan apabila projek Jalan Perhubungan Desa yang sedang dibina didakwa terhenti sejak lebih tiga bulan lalu tanpa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas perlu tinggalkan sikap khianat jika mahu UMNO laksana perubahan

Pas perlu tinggalkan sikap khianat jika mahu UMNO laksana perubahan

PH Negeri Sembilan terus raih sokongan akar umbi

PH Negeri Sembilan terus raih sokongan akar umbi

Agro Tamu Medamit terus perkasa ekonomi masyarakat luar bandar

Agro Tamu Medamit terus perkasa ekonomi masyarakat luar bandar

Orang Asli Gua Musang risau projek jalan perhubungan desa tertangguh

Orang Asli Gua Musang risau projek jalan perhubungan desa tertangguh

Jurukimpal dipenjara 33 tahun, 32 sebatan rogol anak tiri

Jurukimpal dipenjara 33 tahun, 32 sebatan rogol anak tiri

Cadangan ADUN lantikan cetus perdebatan, PKR negeri suarakan kebimbangan

Cadangan ADUN lantikan cetus perdebatan, PKR negeri suarakan kebimbangan