Batik Airline mula penerbangan harian ke Sandakan

SANDAKAN – Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee menyambut baik kedatangan Batik Airline yang mendarat untuk kali pertama di Lapangan Terbang Sandakan pada 1 Disember.

Beliau berkata, penerbangan harian Batik Airline kini menghubungkan Sandakan dan Kuala Lumpur dengan dua penerbangan setiap hari.

“Seluruh warga Sandakan menyambut mesra kedatangan syarikat penerbangan ini dan memberikan sokongan penuh terhadap laluan baharu yang diperkenalkan.

“Kami sangat teruja dengan laluan penerbangan baharu ini dan berharap Batik Airline dapat terus memperkenalkan lebih banyak laluan, seperti Sandakan-Johor dan Sandakan-Penang,” katanya menerusi hantaran Facebook pada Ahad.

Beliau telah berbincang dengan Batik Airline dan berharap kerjasama antara Tourism Malaysia (TM) dan Sabah Tourism Board (STB) dapat membawa lebih banyak penerbangan ke Sandakan.

“Dengan kerjasama ini, kami yakin akan dapat memperkenalkan lebih banyak destinasi pelancongan yang menarik, menjadikan Sandakan sebagai destinasi pilihan di Malaysia,” katanya.

Untuk butiran lanjut penerbangan Batik Airline boleh dibeli melalui laman web rasmi syarikat penerbangan di https://www.batikair.com.my.

Related Posts

JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

PETALING JAYA – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor memberi kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan berhubung insiden salah laku membabitkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah menengah di Rawang yang tular…

Lebih lanjut

teruskan membaca
YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

SHAH ALAM – Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) berjaya melaksanakan Program Pra Saringan Murid Prasekolah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melibatkan kesemua 13 prasekolah di bawah pentadbiran JAIS di seluruh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran

AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran

Undi PH naik hampir 67 peratus, rakyat Johor masih beri kepercayaan

Undi PH naik hampir 67 peratus, rakyat Johor masih beri kepercayaan

JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS