Politik banjir atau banjir politik?

MONSUN Timur Laut (MTL) adalah fenomena cuaca yang sudah biasa berlaku di negara beriklim Khatulistiwa seperti Malaysia.

Bahkan negara tetangga seperti Indonesia dan Thailand juga turut terkesan sepanjang MTL yang bermula Oktober hingga Mac.

Dalam tempoh kurang lebih lima bulan ini, berlaku beberapa episod hujan lebat bersama Luruan Angin Tropika yang kebiasaanya berakhir dengan banjir.

Kawasan rendah paling berisiko mudah ditenggelami air semasa siri episod hujan lebat ini.

Namun, sejak manusia mula diajar berkaitan perubahan iklim beberapa tahun lalu, banjir dan limpahan air akibat hujan lebat luar biasa tidak hanya menjejaskan kawasan rendah semata-mata.

Maka, tidak pelik apabila kita dengar atau lihat atau tonton melalui media betapa kawasan tanah tinggi pun terkena tempias ‘amukan’ perubahan iklim.

Apabila banjir berlaku, penduduk terjejas selalunya ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang sudah sedia diwartakan pihak berkuasa.

Ada PPS yang menempatkan sejumlah kecil penduduk terjejas banjir dan tidak sedikit menghimpunkan ribuan penduduk yang menumpang untuk berlindung sementara paras banjir surut.

Dan di PPS ini juga kita dapat melihat watak sebenar segelintir ahli politik yang suka benar berpolitik ketika bencana alam berlaku.

Bayangkan ketika penduduk dalam kesulitan, dalam masa yang sama jugalah ahli politik mahu menguji kuasa.

Ada yang berebut mendakwa dia yang terdahulu sampai dan memberikan bantuan, manakala selebihnya pula gemar ‘menumpang tuah’ selepas segala keperluan penduduk terjejas banjir di PPS sudah tersedia.

Inilah sikap manusia yang payah kita nak faham dan baca.

Mereka seolah ada agenda yang langsung kita tidak pernah terfikir pun.

Macam beberapa video yang tersebar di media sosial, ada yang mengasingkan bantuan untuk diletakkan dalam beg plastik berlogo parti tertentu, sedangkan sumber asal bantuan itu daripada pihak lain.

Dan ada juga insiden kononnya bantuan daripada parti tertentu tidak dibenarkan dihantar ke PPS yang dikuasai oleh ketua daripada parti berlainan.

Belum ada penafian daripada pihak sini dan pihak sana mengenai kesahihan rakaman video yang tersebar itu.

Lepas banjir selesai, kita sambunglah berpolitik kalau mahu.

Keutamaan buat ketika ini adalah untuk menyalurkan bantuan seberapa segera mungkin.

Amat malang jika ada antara kita yang masih tegar menegakkan ideologi politik sempit ketika hampir 200,000 penduduk terjejas banjir sedang mengharapkan bantuan daripada rakyat Malaysia.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta