Kerja menyelamat, memindahkan calon SPM sedang giat dilakukan – Fadlina

PUTRAJAYA – Kerja-kerja menyelamat dan memindahkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal menduduki ujian bertutur SPM 2024 pada 2 Disember sedang giat dijalankan terutamanya di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, perkembangan semasa setakat ini, proses pemindahan pelajar SPM di Kedah dan Terengganu sudah selesai sepenuhnya kecuali di Kelantan yang berkemungkinan selesai hari ini (Ahad).

“Dalam proses, sekarang ini pemindahan sedang berlaku. Hari ini kita mesti selesaikan semua pemindahan tersebut.

“Jadi ketiga-tiga negeri, JPN negeri sedang bekerja keras untuk memindahkan semua. Kedah kita dah selesai, Terengganu selesai sepenuhnya, yang tinggal Kelantan sedikit lagi yang kita percaya hari ini kita akan selesaikan,” katanya ketika sidang media khas KPM pada Ahad.

Mengulas lanjut, katanya seramai 5,377 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikenal pasti terjejas akibat banjir di tiga negeri iaitu di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Menurutnya, setakat ini, Kelantan merekodkan jumlah calon tertinggi iaitu seramai 3,111 pelajar, manakala bakinya 1,734 calon di Terengganu dan 532 orang di Kedah.

“Pihak kami baru sahaja selesai dengan pihak JPN, dan kita sudah pun memastikan perkara tersebut dapat diselesaikan dengan segera.

“Pemindahan itu berdasarkan maklumat yang kita dapat sebentar tadi daripada JPN Kelantan, sudah pun diselaraskan.

“Jadi pemindahan calon-calon SPM ini sedang diuruskan sepenuhnya bersama dengan JPN juga pihak keselamatan. Hari ini kita akan selesaikan,” katanya.

Fadhlina berkata, terdapat calon SPM di negeri lain yang terjejas akibat banjir, namun jumlahnya sangat minimum iaitu kurang 15 orang dan dalam keadaan terkawal.

Dalam perkembangan sama, KPM juga berhasrat untuk meneruskan Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM 2024 di semua negeri terjejas banjir termasuk Kelantan, Terengganu dan Kedah seperti yang dijadualkan bermula esok hingga Khamis, selepas mengambil kira nasihat Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Menterinya Fadhlina Sidek berkata, keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai situasi Monsun Timur Laut (MTL), yang berkemungkinan berpanjangan sehingga Februari 2025.

“KPM sedia melaksanakan peperiksaan dalam situasi banjir berdasarkan kepada prosedur operasi standard (SOP) Ops Payung dan Pelan Tindakan Menghadapi MTL.

“KPM juga bekerjasama dengan agensi seperti Nadma, Angkatan Tentera Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam (APM), untuk memastikan peperiksaan SPM berjalan lancar,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggerakkan asetnya bagi memindahkan 189 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas banjir di sini, pagi ini.

Semua pelajar akan diambil di dua PPS iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi.

Operasi yang turut dihadiri kumpulan media itu bermula jam 7 pagi membabitkan pelbagai aset tentera termasuk 10 trak terdiri daripada tiga tan, lima tan dan tujuh tan.

Selain itu, beberapa bot turut dibawa berikutan terdapat laluan yang ditutup kepada semua kenderaan, operasi ini dijangka selesai jam 3 petang Ahad.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok