Waspada! Air pasang besar sekali lagi malam ini

SELAIN hujan yang berterusan, fenomena air pasang besar menjadi punca Klang dilanda banjir ketika ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, fenomena air pasang besar dijangka berlaku sekali lagi malam ini, penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan berpindah jika perlu.

“Dijangka malam ini berlaku air pasang besar dan penduduk di kawasan berisiko digesa sentiasa berwaspada, ikuti pengumuman terkini dan mematuhi arahan perpindahan jika diperlukan.

“Seluruh agensi yang terlibat dalam pengurusan banjir dan bencana telah bersiap siaga dalam memastikan keselamatan penduduk serta kelancaran operasi bantuan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, Amirudin meluangkan masa melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, Meru diiringi wakil rakyat Meru, Mariam Abdul Rashid.

Pada masa sama, Amirudin mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri menyegerakan empat projek kolam takungan yang dijangka membantu mengurangkan risiko banjir di kawasan terbabit.

Menurutnya, satu kolam takungan di Alam Budiman dijangka siap menjelang akhir tahun ini manakala yang lain masih dalam proses reka bentuk akhir dan kelulusan.

“Banjir di Meru sudah berlarutan sejak 15 tahun lalu dan ini yang kedua berlaku untuk tahun ini. Kita ada empat projek yang sedang dirancang dan saya sudah arahkan JPS untuk siapkan segera,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula