Wanita PH Sabah sokong cadangan penuh kuota 30 peratus calon wanita

KOTA KINABALU – Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah menyokong cadangan untuk memenuhi 30 peratus kuota calon wanita dalam pilihan raya atau jawatan kepimpinan utama.

Ketua Wanita PH Sabah, Jannie Lasimbang berkata langkah tersebut dilihat sebagai usaha penting untuk memastikan penglibatan lebih besar dan seimbang dari segi gender dalam politik negeri.

Menurutnya, ini adalah suatu keperluan untuk mempromosikan penyertaan wanita dalam proses pembuatan keputusan.

“Kita memerlukan suara wanita dalam semua lapisan kepimpinan. Dengan memenuhi kuota 30 peratus, kita bukan sahaja memberi peluang kepada lebih ramai wanita untuk terlibat dalam politik tetapi juga memastikan suara mereka didengar,” katanya.

Jannie juga menegaskan bahawa terdapat banyak isu yang melibatkan wanita di Sabah yang memerlukan perhatian segera termasuk dalam bidang pendidikan, kesihatan dan peluang ekonomi.

“Dengan lebih banyak wakil wanita, kita boleh membawa isu-isu ini ke peringkat yang lebih tinggi dan memastikan polisi yang lebih inklusif diwujudkan,” ujarnya.

Jannie terpilih semula untuk menerajui jawatan Ketua Wanita PH Sabah bagi sesi 2024/25 dalam Mesyuarat Pemilihan Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah yang berlangsung di sini pada Khamis.

Selain Jannie, barisan kepimpinan baharu juga telah dibentuk termasuk pemilihan beberapa individu penting dalam pergerakan wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Malaysia.

Antaranya Mohina Sidom dipilih sebagai Timbalan Ketua Wanita PH Sabah, Etty Jahan sebagai Naib Ketua Wanita PH Sabah, Fauziah Kudus sebagai Timbalan Setiausaha Wanita PH Sabah dan Ferlita Ubara sebagai Ketua Pilihan Raya Wanita PH Sabah.

Sementara itu, Jannie turut menggesa semua parti politik di negeri ini untuk menyokong inisiatif tersebut dan menilai semula pendekatan mereka terhadap penglibatan wanita agar isu-isu penting yang melibatkan wanita dapat diperjuangkan dengan lebih berkesan.

“Sementara itu, pemilihan ini juga menunjukkan komitmen Wanita PH Sabah untuk meneruskan agenda perjuangan dan memastikan suara wanita terus didengar dalam pentadbiran negeri.

“Kami mengucapkan tahniah kepada seluruh barisan kepimpinan daripada Exco Pergerakan Wanita UPKO Malaysia, Wanita DAP Sabah, Wanita PKR Sabah dan Wanita Parti Amanah Sabah yang dipilih.

“Semoga perjuangan mereka membawa perubahan yang lebih baik untuk semua wanita di Sabah,” katanya.

Related Posts

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

MUKAH – Upacara tradisi Seraheng Kakan terus menjadi pembuka tirai utama Pesta Kaul masyarakat Melanau, dengan peningkatan kehadiran pelawat yang sekali gus merancakkan semula sektor ekonomi dan perniagaan tempatan. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

BETONG – Selepas 16 tahun menyepi, kemeriahan sorakan di tebing Sungai Layar kembali bergema menerusi penganjuran Regatta Betong 2026 yang menyasarkan pemerkasaan warisan budaya serta pemangkin ekonomi setempat. Acara sukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎