Banjir: Polis tutup laluan Kota Warisan-BBST

LALUAN yang menghubungkan Kota Warisan ke Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) terpaksa ditutup daripada semua jenis kenderaan berikutan ditenggelami banjir pagi ini.

Kemaskini di Facebook Trafik IPD Sepang memaklumkan juga laluan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kota Warisan turut ditutup pada pukul 8 pagi hari ini.

“Pemakluman bahawa penutupan jalan sementara di jalan BBST-Kota warisan dan laluan alternatif bagi menjaga aspek keselamatan pengguna jalanraya berikutan paras air yang naik boleh mengundang pelbagai masalah kepada kenderaan. Penutupan jalan bermula hari ini sehingga dimaklumkan.

“Diharap semua pengguna jalanraya dapat beri kerjasama dan dinasihatkan untuk menggunakan laluan lain sebagai alternatif dalam tempoh berkenaan,” menurut hantaran itu.

Pengguna jalan raya dinasihati untuk menggunakan laluan alternatif bagi ke KLIA berikutan penutupan sebahagian laluan di persimpangan lampu isyarat Kiwa.

Bagi mereka yang datang dari Putrajaya, disarankan untuk keluar di Plaza Tol Bandar Serenia, sementara pengguna dari arah Kota Warisan disarankan keluar di Ayamas untuk ke KLIA.

Persimpangan lampu isyarat itu menghubungkan BBST, KLIA, Nilai dan Dengkil, sering dinaiki air apabila hujan lebat, selain berada di kawasan rendah.

Related Posts

Hari Malaysia 2026: KSU Komunikasi hargai komitmen semua pihak, syukur kelancaran majlis

KUCHING – Kementerian Komunikasi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah berganding bahu bagi memastikan kelancaran dan kejayaan penganjuran Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Borneo…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima

TEMERLOH – Kutipan hasil negeri Pahang bagi tahun ini melepasi RM1 bilion, sekali gus merekodkan pencapaian itu untuk lima tahun berturut-turut. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia 2026: KSU Komunikasi hargai komitmen semua pihak, syukur kelancaran majlis

Hari Malaysia 2026: KSU Komunikasi hargai komitmen semua pihak, syukur kelancaran majlis

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX