Keadaan banjir Kelantan makin kritikal

KEADAAN banjir di Kelantan bertambah buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 59,232 orang setakat jam 8 pagi tadi.

Mereka terdiri daripada 18,471 keluarga dan sedang berada di 221 pusat pemindahan sementara (PPS) di 10 daerah.

Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan jumlah mangsa banjir di Pasir Mas paling ramai dengan 22,156 mangsa ditempatkan di 53 PPS.

Jumlah mangsa banjir kedua tertinggi di daerah Tumpat seramai 8,434 orang di 17 PPS, Kota Bharu (5,944 orang di 31 PPS) dan Kuala Krai (5,253 di 39 PPS).

Jumlah mangsa banjir di Pasir Puteh pula seramai 4,956 mangsa di 21 PPS; Machang (4,395 mangsa di enam PPS); Tanah Merah (4,366 di tiga PPS); Bachok (2,844 orang di dua PPS); Jeli (838 di dua PPS) dan Gua Musang (46 di satu PPS).

Related Posts

KSN santuni pelajar, sampaikan sumbangan di Bachok

Oleh: Siti Nur Asyikin Mohd Rosli BACHOK – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyantuni warga Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah, Kampung Kolam, Pak Badol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

KOTA KINABALU – Program Jom Masuk Universiti peringkat Zon Pantai Barat Sabah menjadi platform penting kepada pelajar, khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mendapatkan maklumat terkini mengenai peluang melanjutkan pengajian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM ucap tahniah jemaah haji, doakan urusan dipermudah

PM ucap tahniah jemaah haji, doakan urusan dipermudah

KSN santuni pelajar, sampaikan sumbangan di Bachok

KSN santuni pelajar, sampaikan sumbangan di Bachok

Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

  • By Ynom
  • April 18, 2026
Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis