190 wartawan Gaza terbunuh sejak Oktober 2023

GAZA – Seorang lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sejak tahun lepas kepada 190 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Rabu, lapor Anadolu.

Menurut pejabat media kerajaan Gaza, mangsa dikenal pasti sebagai Alaa Barhoum, seorang editor di beberapa saluran media namun tiada sebarang butiran butiran lanjut mengenai keadaan kematiannya.

Pejabat media itu merayu kepada masyarakat antarabangsa dan kumpulan media untuk menghalang Israel dan mendakwanya di mahkamah antarabangsa atas jenayah terhadap wartawan Palestin.

Oktober lalu, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menyifatkan pembunuhan wartawan di Gaza sebagai tidak dapat diterima dan menuntut perlindungan terhadap media.

Israel telah melancarkan perang genosid di Semenanjung Gaza selepas serangan balas Hamas pada Oktober tahun lepas yang meragut nyawa lebih daripada 44,250 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan sekurang-kurangnya 104,700 yang lain.

Related Posts

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan pembinaan gerbang kemenangan berhampiran Washington akan turut berfungsi sebagai ‘kompleks ketenteraan’. Ia akan menempatkan dron dan penembak tepat, menjadikannya projek pembinaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

NEW DELHI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan di sela-sela majlis makan malam bersempena dengan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 untuk berbincang dengan beberapa pemimpin dunia mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET