Masjid sebagai pusat keilmuan, institusi kecemerlangan umat Islam

KOTA KINABALU – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) mencadangkan agar peranan masjid diperkembangkan sebagai pusat keilmuan dan kecemerlangan umat Islam.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif berkata, berdasarkan cadangan tersebut, program-program ilmiah perlu diadakan dengan kerjasama dan kolaborasi daripada agensi di bawah KSTI.

“Saya sarankan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) agar berkerjasama dengan rakan-rakan kolaborasi kita khususnya di bawah kementerian kita KSTI untuk menganjurkan program atau kursus di masjid-masjid daerah atau masjid kariah yang ada dewan kerana ini sangat penting.

“Biasanya kita menganjurkan kursus perkhawinan, kursus fardhu ain, kursus pengurusan jenazah, ini bagus tetapi kita tambah lagi.

“Kursus-kursus yang ada hubungan dengan agensi kolaborasi, misalnya kursus anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah (JPSM) di bawah kementerian kita bersama dengan keluarga kita Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan JHEAINS, manfaatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Tokoh Imam, Masjid dan Surau Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024 di Dewan Saadah Wisma Muis di sini pada Rabu.

Tambahnya, dengan adanya JPSM yang menganjurkan lebih 70 kursus seluruh Sabah di setiap daerah, sekurang-kurangnya 20 atau 26 kursus boleh dianjurkan di dalam masjid.

“Demikian juga ada agensi kita, AMC University College yang menganjurkan kursus berhubung dengan kursus Bahasa Inggeris, Mandarin, kursus komputer yang setiap tahun 30,000 pelajarnya yang berkursus di seluruh daerah.

“Alangkah baiknya, 20 atau 26 daerah di Sabah boleh kita anjurkan kursus sebegini di dewan masjid supaya program-program lebih berkembang.

“Misalnya JPSM ada kursus memasak, membuat kuih dan ada juga kursus yang bermanfaat untuk ekonomi desa yang boleh dibuat kolaborasi dengan e-Desa, ini juga di bawah kementerian kita.

“Program-program berhubung Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) boleh menarik minat anak-anak seperti yang saya sebutkan, kita mahu memperkasa belia melalui masjid dengan wujudnya kegiatan-kegiatan remaja masjid dan sebagainya, ini saranan saya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu agar remaja atau belia masjid ini digerakkan semula kerana ia sangat penting untuk struktur dalam sebuah masjid.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam