Waran tangkap pemimpin Israel bukti suara Malaysia berpengaruh di persada dunia

ALOR SETAR – Tindakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant Khamis lalu merupakan kejayaan bagi rakyat Malaysia.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, suara Malaysia yang mula-mula mendesak kedua-dua pemimpin Israel itu perlu dihadapkan ke mahkamah atas jenayah mereka terhadap penduduk Palestin.

Katanya, selepas sekian lama penduduk Palestin ditindas dan dibunuh akhirnya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengambil tindakan ke atas kedua pemimpin Israel itu.

‘Semuanya bermula dari Malaysia melalui PMX yang bersungguh-sungguh mendesak kedua jenayah perang itu diadili. Ini secara tidak langsung menunjukkan suara Malaysia yang dibawa oleh PMX dihormati oleh pihak antarabangsa.

‘PMX bersungguh-sungguh membawa isu Palestin ini sejak dahulu lagi supaya pihak penjenayah diadili. Rakyat Malaysia berharap keputusan itu sekurang-kurangnya membela nasib rakyat Palestin yang ditindas dan dibunuh akibat jenayah perang yang dilakukan oleh Israel,” ujarnya.

Menurut Mahfuz lagi, rakyat Palestin sudah pasti sangat gembira apabila mendengar tentang waran tangkap yang dikeluarkan untuk kedua-dua jenayah itu.

“Sungguhpun penangkapan kedua penjenayah itu tidak dapat mengembalikan semula saudara mereka yang terkorban tetapi sekurang-kurangnya mereka gembira kerana penderitaan mereka selama ini mendapat perhatian dunia hari ini.

“Waran tangkap itu dikeluarkan ketika serangan genosid Israel ke atas Gaza memasuki tahun kedua hingga menyebabkan jumlah kematian rakyat Palestin meningkat kepada 44,235 serta mencederakan 103,000 orang,” katanya.

Kejayaan PMX dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin ini juga menepis pihak tertentu yang mendakwa pemimpin yang kita hormati hari ini tidak memberi sokongan kepada rakyat Palestin.

“PMX hari ini menegaskan bahawa beliau tetap konsisten dengan pendiriannya terhadap isu Israel dan Palestin dan menekankan bahawa Putrajaya tidak pernah mengiktiraf kewujudan atau sokongan kepada negara Israel.

“Malah ini dapat dilihat ketegasan PMX yang tidak merestui sebarang kapal dagangan singgah di pelabuhan atau kapal terbang Israel melalui ruang udara Malaysia. Saya mengucapkan tahniah kepada PMX yang tidak berputus asa memperjuangkan nasib rakyat Palestin sehingga hari ini,” ujarnya.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

  • By Aden
  • July 6, 2026
Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

Pas hilang cita-cita jadi kerajaan, fokus jadi pembangkang tunjuk kemerosotan politik – Suhaizan

Pas hilang cita-cita jadi kerajaan, fokus jadi pembangkang tunjuk kemerosotan politik – Suhaizan