Hadiah istimewa untuk penjawat awam: Kenaikan pangkat ‘one-off’ bagi Gred 9-11 SSPA!

Oleh: Hidayatun Nufus (Pelatih UPM)

BERITA baik buat penjawat awam Gred 9, 10, dan 11! Selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan bermula pada 1 Disember 2024, kerajaan telah meluluskan inisiatif kenaikan pangkat secara ‘one-off’. Langkah ini khusus untuk pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sebelum ini tertakluk kepada kekosongan jawatan untuk menikmati kenaikan pangkat.

Inisiatif ini mencerminkan usaha kerajaan untuk memberikan penghargaan kepada penjawat awam yang gigih berkhidmat dan menjadi tunjang kepada pembangunan negara. Kini, anda tidak lagi perlu menunggu kekosongan jawatan – peluang kenaikan pangkat lebih terbuka untuk dinikmati semua. Jadi, apa yang istimewa tentang kenaikan pangkat ini, dan bagaimana ia akan dilaksanakan? Teruskan membaca untuk maklumat lanjut!

Syarat Kelayakan
Pihak Kementerian/ Jabatan/ Agensi hendaklah melaksanakan urusan kenaikan pangkat secara ‘one-off’ ini bagi pegawai yang telah memenuhi syarat-syarat yang berikut:

  1. Menerima tawaran opsyen SSPA
  2. Disahkan dalam perkhidmatan;
  3. Telah berada di suatu gred lantikan / kenaikan jawatan sebelum atau pada 30 November 2024 mengikut tempoh yang ditetapkan seperti jadual di bawah:
GRED PERJAWATANTEMPOH MINIMUM
SSMSSPASANDANGAN GRED SEMASA SSMPERKHIDMATAN KESELURUHAN
Gred 41/42 ke Gred 44Gred 9 ke Gred 108 tahun8 tahun
Gred 44 ke Gred 48Gred 10 ke Gred 128 tahun16 tahun
Gred 48 ke Gred 52Gred 12 ke Gred 136 tahun22 tahun

Nota: Tempoh yang menyebabkan pegawai hilang kekananan tidak boleh diambil kira sebagai tempoh sandangan gred semasa dan tempoh perkhidmatan keseluruhan.

  1. memperoleh markah prestasi 85% dan ke atas bagi tiga (3) tahun terkini berdasarkan wajaran yang ditetapkan serta markah prestasi tahun terakhir hendaklah sekurang-kurangnya 85%;
  2. Diperaku oleh Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan;
  3. Bebas daripada hukuman tatatertib pada 30 November 2024 dan semasa perakuan dibawa kepada Lembaga Kenaikan Pangkat;
  4. Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan;
  5. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
  6. Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar oleh institusi pinjaman pendidikan; dan
  7. Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat seperti temu duga dan kriteria penilaian berdasarkan skim perkhidmatan masing-masing.

Pegawai yang dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat secara ‘one-off’ ini perlu menjalani tempoh pemangkuan selama satu (1) tahun dan akan dipertimbangkan kenaikan jawatan setelah memenuhi syarat-syarat kenaikan jawatan berdasarkan peraturan-peraturan dan pekeliling perkhidmatan yang berkuat kuasa.

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat terkini, rujuk Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam.

Sumber: Surat edaran JPA di https://www.jpa.gov.my/perkhidmatan/surat-edaran/surat-edaran-pelaksanaan-kenaikan-pangkat-secara-one-off-melibatkan-pegawai-kumpulan-pengurusan-dan-profesional-gred-9,-gred-10-dan-gred-12-di-bawah-sistem-saraan-perkhidmatan-awam

Related Posts

STeP perkasa usahawan, buka akses bantuan dan geran perniagaan

SUNGAI SIPUT – Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) terus memperkukuh agenda pembangunan usahawan negeri apabila seramai 30 usahawan sekitar Jalong dan kawasan berhampiran menyertai Program Taklimat Bantuan Keusahawanan dan Pendaftaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cahaya matahari hasilkan bahan api dari sisa plastik

SEKUMPULAN saintis kini sedang membangunkan kaedah inovatif bagi menangani dua krisis global secara serentak, iaitu pencemaran plastik dan permintaan terhadap tenaga bersih, dengan menukarkan sisa plastik kepada bahan api menggunakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

  • By Fatin
  • August 21, 2026
Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran