Belanjawan 2025 Pulau Pinang terus perkasa pembangunan belia, sukan

GEORGE TOWN – Sebanyak RM210,000 peruntukan tahunan diperuntukkan untuk menjana pembangunan belia dan sukan di Pulau Pinang menjelang tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Menurut Kon Yeow ketika membentangkan Ucapan Belanjawan 2025 Pulau Pinang di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat, sejumlah RM210,000 diperuntukkan kepada Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Belia untuk melaksanakan pelbagai program dan aktiviti pembangunan belia di Pulau Pinang.

Selain itu, sebanyak RM53,750 telah diperuntukkan untuk pembangunan mahasiswa, manakala melalui Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) memperuntukkan RM700,000 untuk pelaksanaan inisiatif strategik di bawah Rangka Kerja Pembangunan Belia Strategik 2024-2028, dengan memfokuskan kepada dua teras utama iaitu pembangunan kapasiti belia dan penglibatan komuniti.

Selain itu, beliau memberitahu bahawa Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) bermula tahun 2025 bakal memulakan Program Tajaan Kerjasama dengan Syarikat Multinasional dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk meningkatkan kebajikan atlet dan kelangsungan program sukan baik pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

“Sehingga Oktober 2024, MSNPP telah memperoleh tajaan sebanyak RM368,150 daripada pelbagai penaja dan individu dalam bentuk kewangan, produk sertSa perkhidmatan,” ujarnya.

Dalam pada itu, kerajaan negeri turut memfokuskan kepada program pembangunan latihan sukan melalui pembangunan atlet elit dan pelapis, kejurulatihan, pencapaian, pembangunan pusat latihan dan pemantapan organisasi.

Seterusnya, sebanyak RM160,000 juga telah diperuntukkan kepada Jawatankuasa MMK Kesihatan untuk pelaksanaan program kesihatan dan menjaga kesihatan orang awam melalui khidmat klinik pergigian bergerak dan Program Pharmacy Integrated Community Care (PICC).

Related Posts

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

TAWAU – Satu inisiatif pelancongan berskala besar bakal direalisasikan di daerah ini menerusi pembinaan Pusat Konservasi Gajah (Elephant Sanctuary). Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Dr Andi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

KUALA KRAI – Penahanan seorang wanita oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Miah di sini, petang semalam, membawa kepada rampasan lima laras senjata api, termasuk M-16. Komander Briged Tenggara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

  • By Siti
  • April 21, 2026
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas