Perincian kos perjalanan delegasi kerajaan ke lima negara

WALAUPUN sudah ada penjelasan tentang perjalanan delegasi kerajaan ke empat negara baru-baru ini, kelihatannya masih ramai tidak faham.

Sebahagian besar yang tidak faham; mungkin sengaja membengapkan diri itu, puak pembangkang.

Senang cerita, dengar sini saya terangkan.

Delegasi Kerajaan Perpaduan yang diketuai Perdana Menteri Kesepuluh (PMX) ke China, Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil dengan menyewa pesawat MAS – Airbus A350.

Kos sewa pesawat itu RM6.162 juta.

Untuk pengetahuan umum, kapasiti pesawat Airbus A350 ini besar.

Oleh sebab itu, kerajaan berkongsi kenderaan dengan pihak swasta menaiki pesawat ni dengan cara sama-sama tanggung dan bayar sewa ikut ‘pax’ (perkepala).

Setakat ini, faham tak?

Baik, saya lanjutkan penerangan.

Bagi pihak kerajaan, kos keseluruhan bayarannya ialah 27 peratus atau RM1.662 juta.

Itu jumlah penuh yang perlu ditanggung oleh delegasi kerajaan.

Bagi delegasi swasta pula, bayaran penuhnya ialah 73 peratus atau RM4.5 juta.

Itu jumlah penuh bayaran yang ditanggung oleh delegasi swasta.

Kesimpulannya di sini, kerajaan bayar sendiri, swasta bayar sendiri.

Maknanya, tidak berlaku kes swasta bayar kos perjalanan kerajaan.

Kenapa kaedah itu dipilih?

Sekiranya tidak digunakan kaedah di atas, pilihan yang ada ialah kerajaan guna pesawat milik kerajaan, iaitu Airbus ACJ320.

Kalau kerajaan naik ACJ320, kos mencecah RM2.5 juta. Tapi pesawat ini kecil dan tak boleh nak berkongsi naik sama-sama dengan delegasi swasta.

Jadi, dengan menggunakan kaedah perkongsian pesawat tadi, kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta (berbanding mengunakan ACJ320).

Maksud PMX bahawa swasta menanggung kos itu, swasta sanggup berkongsi menyewa pesawat.

Jika masing-masing pergi berasingan, kedua-dua pihak rugi – terpaksa tanggung kos yang lebih besar.

Demikianlah kisahnya.

Pembangkang faham atau belum; atau masih mahu memfitnah?

Related Posts

Jika bukan Anwar, maka siapa?

DALAM politik, mengkritik sentiasa mudah. Terlalu mudah. Setiap hari kita melihat suara-suara yang mempersoalkan kepimpinan, mengkritik dasar, dan mempertikaikan keputusan kerajaan. Namun di sebalik semua kritikan itu, satu soalan besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000