Deklarasi Kuala Lumpur komitmen sokong penuh agenda reformasi perkhidmatan awam

KUALA LUMPUR – Deklarasi Kuala Lumpur-Tekad Bersama Perkhidmatan Awam Malaysia menjadi komitmen penjawat awam seluruh negara untuk menyokong sepenuhnya agenda reformasi perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, deklarasi yang dilancarkan pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 hari ini akan dimeterai oleh semua pentadbiran kerajaan negeri.

Menurutnya, deklarasi itu adalah satu ikrar bahawa penjawat awam, di peringkat Persekutuan dan negeri bersatu hati untuk mengangkat martabat perkhidmatan awam yang berorientasikan kepentingan rakyat.

“Pelaksanaan reformasi yang lebih menyeluruh dapat dilihat tahun depan menerusi pengenalan ILTIZAM Perkhidmatan Awam yang akan diangkat sebagai satu akta di peringkat Persekutuan.

“Akta ini dirangka untuk memperkukuh struktur dan tatakelola yang telus, memastikan tindakan dan keputusan yang diambil adalah berasaskan kepentingan rakyat.

“Ia juga merupakan langkah proaktif untuk mengurangkan kerenah birokrasi dan menoktahkan salah laku dan rasuah,” kata Shamsul Azri yang genap 100 hari menjawat jawatan KSN pada Selasa lepas.

Menurutnya, Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) akan diperkasakan bagi merealisasikan agenda reformasi perkhidmatan awam, dengan antara inisiatif utama yang sedang diusahakan mereka ialah Pekeliling Reformasi Kerenah Birokrasi dan Pekeliling Uji Kaji Peraturan.

Beliau berkata, pekeliling tersebut dapat menyokong pelaksanaan perubahan secara sistematik bagi mempercepatkan proses penyampaian perkhidmatan dan menjadikan urusan dengan kerajaan lebih mudah, cepat dan tepat.

Beliau turut optimis Malaysia berada pada landasan tepat dalam merealisasikan wawasan untuk menjadi sebuah negara maju dan inklusif seiring dengan matlamat ekonomi Madani, menerusi langkah proaktif kerajaan masa ini.

Sementara itu, Shamsul Azri juga berkata, masyarakat global semakin mengenali Malaysia dan mengagumi kepimpinan diplomasi serta peranan kritikal yang dimainkan Perdana Menteri di pentas dunia, selain negara telah diletakkan asas trajektori yang kukuh di peringkat nasional dan antarabangsa.

Mengulas mengenai penganjuran program 2TM dan konvensyen yang bertemakan ‘Madani di Hati, Rakyat Disantuni’ selama tiga hari bermula semalam, beliau berkata, ia bertujuan memberi ruang kepada rakyat dan perniagaan mendapatkan perkhidmatan terus dan memahami usaha kerajaan melaksanakan pembaharuan dalam perkhidmatan awam.

Related Posts

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

KUCHING – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyeru seluruh lapisan masyarakat agar bersikap peka dan berani melaporkan sebarang insiden keganasan rumah tangga yang berlaku di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

KLANG – Perdana Menteri Datuk, Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman penting berkaitan negara pada malam ambang Merdeka, 30 Ogos, serta sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini. Bagaimanapun,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini