Fahmi sahkan pembentangan RUU pekerja GIG ditangguhkan

PUTRAJAYA – Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig yang dijadualkan pada Disember depan ditangguhkan bagi memberi ruang kepada sesi libat urus ke atas RUU itu dijalankan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil mengesahkan bahawa pembentangan RUU Pekerja Gig di Parlimen yang dijadualkan pada bulan hadapan akan ditangguhkan terlebih dahulu dan Jemaah Menteri telah menerima makluman daripada Menteri Sumber Manusia.

“Dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini saya sahkan bahawa ada dibincangkan perkara ini dan memang Jemaah Menteri telah dimaklumkan bahawa Menteri Sumber Manusia berhasrat untuk menangguhkan dulu agar memberi ruang dan peluang bagi lebih banyak proses libat urus dengan pelbagai pihak.

“Untuk maklumat lanjut tentang garis masa boleh berhubung dengan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim,” katanya katanya ketika sidang media mingguan bersama Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil.

Media sebelum ini melaporkan akta baharu berkaitan pekerja sektor gig akan dibentangkan buat kali pertama di Dewan Rakyat, Disember depan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, dipetik berkata, akta itu sudah pada peringkat draf akhir untuk pembentangan.

Bagaimanapun, semalam, platform ekonomi gig dilaporkan menggesa kerajaan melaksanakan dialog kolaboratif sebelum penggubalan RUU Pekerja Gig dilakukan.

Foodpanda, GoGet, Grab, Halo Delivery, Kiddocare dan Lalamove melalui satu kenyataan bersama menjelaskan bahawa sebagai pemegang taruh utama dalam ekonomi gig Malaysia, usaha kerajaan dalam mencadangkan RUU Pekerja Gig adalah sangat dihargai.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, platform utama bimbang pemain industri mahupun pekerja gig tidak diberi ruang untuk perundingan yang mencukupi di mana draf penuh cadangan pindaan tidak dikongsi dan proses maklum balas juga sangat terhad.

Related Posts

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mempercepat penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) e-Dagang bagi menambah baik aspek kemudahan dan kawal selia sektor berkenaan selaras dengan perkembangan pesat perniagaan digital. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi akan membentangkan pindaan Akta Perkhidmatan Pos bagi memperkukuh aspek keselamatan dalam industri kurier, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil. Beliau berkata, pindaan berkenaan dijangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu