Etiqa, IAM lancar projek air bersih di Kampung Tandop

BALING – Kira-kira 1,000 penduduk di Kampung Tandop, Mukim Bogor dekat sini kini mampu menarik nafas lega apabila Etiqa Takaful dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM) melancarkan Program Air Bersih di kampung itu baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad, Zafri Ab Halim berkata, program itu bertujuan meringankan beban masyarakat setempat yang selama ini menghadapi cabaran mendapatkan bekalan air bersih.

Katanya, sejak 20 tahun lalu penduduk Kampung Tandop bergantung sepenuhnya kepada sumber air bukit berdekatan.

“Walaupun setiap rumah mempunyai sistem paip dan meter air yang tersedia, air yang mengalir melalui paip tersebut sering didapati tidak mencukupi menyebabkan penduduk terpaksa mencari alternatif bekalan air sendiri.

“Justeru, Etiqa Etiqa dan IAM mengambil usaha dengan membiayai projek untuk menaik taraf bagi komuniti di kawasan itu. Projek yang dibina ini memberi manfaat kelestarian alam sekitar, sosial dan tadbir urus dengan membina sebuah tandak air di kawasan bukit berhampiran kampung tersebut.

“Ianya dilengkapi dengan sistem paip sepanjang 3 kilometer untuk menakung air sungai sebelum disalurkan melalui polypipe dari muka sauk ke rumah pam. Air tersebut akan ditapis dan dirawat menggunakan sistem penapis air membran sintetik berskala tinggi sebelum disimpan didalam dua tangki simpanan berkapasiti 3,000 gelen air setiap satu,” katanya.

Jelasnya lagi, air terawat itu kemudiannya disalurkan ke paip utama untuk kegunaan penduduk kampung. Kaedah ini lebih mesra kos dan tidak bergantung kepada tenaga elektrik menjadikannya lebih mampan dan sesuai untuk komuniti luar bandar.

Air terawat ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kawasan perumahan, malah boleh digunakan di masjid, sekolah agama dan juga aktiviti pertanian sekali gus membaiki taraf hidup komuniti secara keseluruhan.

Turut hadir pada perasmian itu Presiden Islamic Aid Malaysia, Zawahir Abdullah.

Menurut Zawahir, sebagai badan bukan kerajaan (NGO) pihaknya dengan Etiqa memainkan peranan sebagai perantara di antara individu mahu pun golongan koporat yang berhajat untuk melaksanakan usaha-usaha kemanusiaan dan kebajikan dalam membantu golongan memerlukan.

“Kami berbesar hati merana berpeluang untuk bekerjasama dengan pihak Etiqa untuk melaksanakan satu projek yang amat bermakna dan bermanfaat kepada penduduk di sini. Projek ini merupakan satu lagi bukti keprihatinan Etiqa dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.

“Alhamdulillah, penduduk di kampung ini pasti akan gembira dengan menikmati bekalan air yang bersih secara berterusan sepanjang tahun. Dengan menyediakan bekalan air bersih yang mampan, kami berharap untuk meninggalkan legasi yang bukan sahaja memenuhi keperluan asas tetapi juga memperkayakan kehidupan masyarakat luar bandar di Malaysia,” katanya.

Related Posts

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

KUCHING – Sesi persekolahan secara bersemuka bagi lapan daerah di negeri ini diarahkan tutup berkuat kuasa serta-merta bermula 20 Ogos hingga 21 Ogos ini susulan fenomena jerebu yang menjejaskan kualiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

KUANTAN – Empat beranak berdepan detik cemas apabila kediaman mereka di Kampung Pandan 1, dekat sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4 petang tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini