Jangan buka ruang amalan politik kebencian

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, meminta rakyat tidak membiarkan politik kebencian terus menebal sehingga berita palsu dan fitnah dijadikan panduan.

Beliau menekankan berita palsu serta fitnah adalah berbahaya, malah boleh merosakkan imej negara, meruntuhkan keharmonian dan perpaduan yang sudah sekian lama terjalin, serta memberi ancaman terhadap kemerdekaan negara.

“Menginjak usia 67 tahun kemerdekaan negara, perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, agama dan latar belakang, sewajarnya semakin utuh.

“Kita sudahpun memasuki fasa sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Justeru, ketepikanlah segala perbezaan dan hayati erti sebenar kemerdekaan yang membawa kepada penyatuan seluruh warganegara,” katanya dalam laman X, semalam.

Dalam pada itu, Fahmi turut menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyempurnakan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di Cyberjaya, petang semalam.

“Terima kasih juga kepada YAB (Yang Amat Berhormat) Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Amirudin Shari) atas kesudian menjadi tuan rumah dan mengalu-alukan sambutan ini diadakan di Selangor Darul Ehsan.

“Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka!” katanya.

Related Posts

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan semakan mingguan harga runcit produk petroleum dengan RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia mencatat kenaikan lima sen bagi tempoh 7 hingga 13 Mei ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan