Kanak-kanak 9 tahun didera, kepala dihentak ke dinding

KOTA BHARU: Kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun dipercayai didera oleh ibu tiri dengan menghentakkan kepala mangsa ke dinding dan menyepak kedua-dua belah tangan serta dikurung di dalam tandas tanpa diberi makan dan minum, di sebuah rumah di Taman Yik Perdana Kok Lanas, Kota Bharu Kelantan.

Kejadian itu terbongkar selepas bapa kepada mangsa semasa pulang dari tempat kerja mendapati anak sulongnya mengalami kecederaan lebam di bahagian kepala, lengan dan mata selain mangsa turut menyatakan telah di pukul oleh ibu tirinya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud berkata, pihak polis telah menerima satu laporan yang dibuat oleh bapa mangsa yang juga merupakan seorang penjawat awam, berusia 30, berhubung seorang kanak-kanak lelaki disyaki telah didera oleh ibu tiri.

“Hasil siasatan pihak polis dapati mangsa merupakan kanak-kanak lelaki berumur 9 tahun dan merupakan seorang pelajar di sebuah sekolah di Kok Lanas, Kota Bharu Kelantan.

“Mangsa telah didera oleh ibu tirinya pada 10 Julai 2024 dengan cara dibawa ke dalam bilik air dan menghentakkan kepala mangsa ke dinding serta menyepak kedua-dua belah tangan mangsa.

“Mangsa juga telah dikurung di dalam tandas sehingga keesokkan hari tanpa diberi makan dan minum. Kejadian berlarutan sehingga 12 Julai 2024. Semasa kejadian bapa mangsa tiada di rumah kerana urusan kerja di Kuala Lumpur,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, suspek merupakan ibu tiri mangsa yang telah berkahwin dengan bapanya sejak bulan Ogos 2023 itu bagaimanapun telah berjaya ditangkap dan sedang ditahan reman selama tiga hari bermula 21 Julai 2024 sehingga 23 Julai 2024 bagi membantu siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Sek 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kes masih di peringkat siasatan. Sehubungan dengan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar