Mihas@Dubai mampu capai sasaran jualan RM1 bilion

PUTRAJAYA – Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) @ Dubai 2024 menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila nilai jualan eksport mencecah RM500 juta pada hari pertama dibuka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan momentum itu, beliau melihat potensi nilai keseluruhan mampu melepasi sasaran RM1 bilion.

“Kita tahu Mihas di Dubai yg diadakan pertama kali raih kejayaan yang sangat memberangsangkan dan ini menjadi satu galakan kepada pengusaha dari Malaysia.

“Daripada orang Islam atau bukan Islam berkongsi pengetahuan, pengalaman… dan pasaran produk halal dikeluarkan negara kita dapat dipasarkan bukan saja ke negara-negara islam tapi bukan islam yang memerlukan piawaian halal,” katanya pada sidang media selepas membuat lawatan tapak pameran Mihas@ Dubai di Pusat Dagangan Dunia Dubai, hari ini.

Jelasnya, ekspo terbabit juga meningkatkan ekosistem halal Malaysia dengan menyediakan platform untuk 215 syarikat Malaysia menonjolkan kecemerlangan dan kepelbagaian produk serta perkhidmatan halal.

“Kedudukan Dubai sebagai hab perdagangan global memberikan akses kepada ekosistem perniagaan Malaysia untuk memasuki pasaran GCC dan MENA yang lebih luas.

“Ekspo terbabit membuka lembaran baharu bagi perniagaan Malaysia untuk menembusi pasaran Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) yang kini mencecah lebih 490 juta pengguna, seterusnya memupuk kerjasama yang bermakna dan mendorong pertumbuhan jangka panjang.

“Pada 10 bulan pertama tahun ini, perdagangan Malaysia dengan negara-negara GCC meningkat sebanyak 1.8 peratus, mencecah RM87.30 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu,” katanya lagi.

Beliau memaklumkan, dari Januari hingga Oktober tahun ini, perdagangan dengan UAE mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 12.8 peratus, mencecah RM36.73 bilion.

Tambahnya, UAE kekal sebagai destinasi eksport terbesar Malaysia di GCC, menyumbang 55.3 peratus atau RM12.03 bilion daripada jumlah eksport keseluruhan.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

PUTRAJAYA – Bekalan bahan api Malaysia dijamin mencukupi sehingga akhir tahun ini meskipun paras bekalan global berada pada tahap rendah, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri, Nurhisham Hussein. Nurhisham yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan