Kepercayaan karut pentaasub pembangkang

KEPERCAYAAN karut berkaitan politik dalam kalangan pentaasub pembangkang kian terserlah.

Hal sedemikian itu menjadikan fikiran mereka terlalu berkarat dan sukar dicuci.

Mereka menjadi jumud, tertutup dan sama sekali enggan membuka pintu rasional.

Yang berikut ini dipaparkan beberapa kepercayaan karut tersebut yang hingga kini kekal terpahat sungguh pun sudah banyak pencerahan dilaksanakan.

Pertama, lebih 1.2 juta pelancong China tidak keluar-keluar dan ini merupakan agenda Kerajaan Perpaduan untuk kekal berkuasa.

Hakikatnya, kemasukan pelancong China itu berlaku sejak zaman Perikatan Nasional (PN) dan kerajaan sebelumnya memerintah lagi.

Sepanjang lebih 10 tahun itu pula, hanya 103 diberi taraf warganegara.

Yang belum keluar itu pula, masih berurusan secara sah di negara ini.

Kedua, Terengganu dan Kelantan dizalimi kerana hak mendapat royalti petroleum dinafikan.

Yang menzalimi itu pula Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpinnya terutama dari Terengganu, memberi gambaran bahawa mereka teraniaya.

Ekoran itu, berterbanganlah umpat keji pentaasub ke atas PM dan Kerajaan Perpaduan.

Hakikatnya, ketidakberhakan kedua-dua negeri itu menerima royalti petroleum telah ditegaskan pada zaman Malaysia diperintah PN lagi.

Sebarang pemberian kepada kedua-dua negeri itu berkaitan hasil petroleum hanyalah bersifat wang ehsan.

Ketiga, Kerajaan Perpaduan zalim kerana menarik pelbagai subsidi.

Kerajaan dikatakan sengaja menyusahkan rakyat dan suka melihat rakyat menderita.

Hakikatnya, kerajaan membela rakyat dengan cara menyasarkan subsidi kepada pihak yang sepatutnya.

Dalam hal ini, harta negara dihalang daripada jatuh ke tangan pihak yang tidak berhak menerimanya.

Sekiranya itu tidak dilakukan, harta negara ‘dirompak’ saban hari dan impaknya ke atas masa depan kita amat besar.

Demikianlah sebahagian kepercayaan karut yang menjerut leher pentaasub pembangkang.

Kekarutan itu sukar dihapuskan sekalipun pelbagai rawatan telah diberi.

Kasihan betul mereka!

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar