27 kes buli siber sehari dilaporkan pada 2024

PUTRAJAYA – Sebanyak 27 kes buli siber sehari dilaporkan berlaku di Malaysia melibatkan platform media sosial setakat 1 November 2024, kata Menteri Komunikasi.

Menurut Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, setakat November tahun ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerima permohonan atau laporan sebanyak 8,339 kes berkait buli siber.

Mengulas lanjut katanya, pada tahun lalu, sebagai contoh dalam platform Facebook sahaja, jumlah penipuan dalam talian yang dilaporkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial mendapati kerugian berjumlah RM432 juta kepada rakyat Malaysia.

“Manakala bagi jenayah seksual terutama terhadap kanak-kanak pada tahun 2023, jumlah kes yang melibatkan media sosial adalah 525 kes.

“Walau bagaimanapun, dalam isu ini (jenayah seksual terhadap kanak-kanak) setakat 1 November 2024, 815 permohonan telah dibuat berkenaan dengan kandungan ‘child sexual abuse material’.

“Inilah realiti yang kita hadapi pada hari ini,” katanya ketika sesi jawapan lisan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Fahmi (PH-Lembah Pantai) menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) sama ada dasar pelesenan media sosial bermula Januari tahun depan tidak akan menjejaskan peluang dan kebebasan rakyat di negara ini mendapat akses luas kepada kehidupan moden yang banyak bergantung kepada teknologi digital.

Mengulas lanjut, mengenai keperluan pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan pesanan internet dan penyedia perkhidmatan media sosial, ia bertujuan untuk mewujudkan ekosistem dalam talian yang lebih selamat kepada para pengguna.

Jelasnya pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan pesanan dan penyedia perkhidmatan media sosial diwartakan pada 1 Ogos 2024 dan akan mula berkuatkuasa 1 Januari 2025 dan mereka perlu memohon Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi  atau (ASP[C]) dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

“Keperluan pelesenan di bawah Akta 588 ini bagi memastikan penyedia perkhidmatan bertanggungjawab dan memainkan peranan penting dalam mewujudkan ekosistem dalam talian yang lebih selamat kepada pengguna mereka.

“Ini termasuk menangani secara berkesan kandungan mudarat dengan memperkukuh sistem dan proses platform media sosial tersebut dalam mengurangkan jenayah siber seperti penipuan dalam talian, jenayah seksual dan buli siber,” katanya.

Dalam pada itu katanya, di bawah Akta 588, terdapat langkah perlindungan yang kukuh untuk mengimbangi keperluan kawal selia dan perlindungan kepada hak kebebasan bersuara dan kebebasan maklumat yang mana bertujuan untuk menangani isu jenayah dalam talian tanpa menyekat inovasi dan pembangunan.

“Penguatkuasaan kerangka pelesenan ini tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan perkhidmatan pesanan internet dan media sosial karena ia hanya digunapakai terhadap penyedia perkhidmatan yang memenuhi syarat yakni mempunyai lebih daripada 8 juta pengguna di Malaysia sahaja yang diwajibkan mendapat lesen yg berkaitan daripada MCMC.

“Pengguna akan terus dapat menikmati pengalaman digital yang lebih selamat.  Niat kerajaan pada hari ini bukan hanya memastikan internet yang lebih murah, laju dan meluas tapi paling penting lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga,” ujarnya.

Sementara itu, kepada soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai), Fahmi berkata, kerajaan buat masa ini tidak berhasrat menutup platform media sosial yang gagal mendapatkan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi [ASP(C)] seperti disyaratkan.

Bagaimanapun ujar beliau, berpandukan kepada kuasa dan akta sedia ada, kerajaan boleh mengambil tindakan terhadap platform media sosial yang ingkar terbabit termasuk dikenakan kompaun sehingga RM250,000.

Sekiranya didakwa dan didapati bersalah di mahkamah pula, katanya, pengendali platform itu boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun selain denda RM1,000 sehari bagi setiap hari beroperasi tanpa lesen.

Related Posts

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memperkenalkan strategi penguatkuasaan baharu bermula esok dengan penekanan terhadap pemulihan aset serta tindakan lebih tegas ke atas penjenayah kewangan yang menyeleweng dan merampas hak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

PUTRAJAYA – Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) melaksanakan program bersama sebagai platform strategik bagi memperkukuh kerjasama dalam aspek keselamatan jalan raya dan kenderaan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh