Anwar cadang kuasa veto Majlis Keselamatan PBB dikaji semula

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik struktur Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang dianggapnya tidak adil dan inklusif.

Berucap pada sesi kedua intervensi bertajuk ‘Reformasi Institusi Tadbir Urus Global’ pada Sidang Kemuncak G20 di Rio De Janeiro, Perdana Menteri menggesa agar kuasa veto dimiliki lima negara anggota tetap UNSC dikaji semula.

Beliau menegaskan perlunya perwakilan dari benua Afrika dan Amerika Latin dalam UNSC bagi mencerminkan suara dan kepentingan negara di kedua-dua benua itu.

“Ketetapan semasa adalah sangat tidak adil. Sepatutnya perlu ada wakil dari Amerika Latin dan Afrika (dalam UNSC),” tegas beliau.

Anwar menjelaskan bahawa reformasi PBB sudah dibincangkan selama lima dekad, namun masih tiada perubahan signifikan.

“Kita bercakap mengenai reformasi institusi PBB. Kita bercakap tentang ideal, kemanusiaan, nilai kemanusiaan, namun tiada perwakilan dari Afrika, tiada perwakilan untuk Amerika Latin (dalam UNSC), siapa yang peduli?” soalnya.

Anwar menyeru agar perwakilan demokratik yang mencukupi dari wilayah Amerika Latin dan Afrika dipertimbangkan dalam UNSC.

“Amat tidak adil untuk meneruskan ketetapan semasa berhubung UNSC dengan mengecualikan perwakilan dariwilayah ini,” katanya.

Pendirian tegas Anwar mengenai perlunya reformasi UNSC ini menunjukkan komitmen Malaysia memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan di peringkat global.

Anggota tetap UNSC yang terdiri dari negara China, Perancis, Russia, United Kingdom dan Amerika Syarikat juga dikenali sebagai Permanent Five, Big Five, atau P5.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan