Cadangan singkir Israel dari PBB tunjuk sikap konsisten PM perjuangkan Palestin

ALOR SETAR – Rakyat Malaysia tidak seharusnya terpedaya dengan tindakan laskar siber pembangkang yang sengaja menyunting wawancara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama wartawan CNN tempoh hari, kononnya mengesahkan pendirian PM membenarkan ‘hak Israel untuk mempertahankan diri’.

Menurut Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, pendirian Anwar sebelum ini dalam forum antarabangsa, terutama cadangan beliau agar Israel disingkir daripada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sudah cukup untuk menyatakan pendirian tegas membela rakyat Palestin.

Katanya, secara diplomasinya tidak mungkin Anwar sebagai ketua kerajaan akan berkata Malaysia mahu Israel lenyap dari muka bumi.

“Perdana Menteri berhati-hati (dalam wawancara) menyusun laras bahasa diplomasi ketika ditanya pendiriannya berhubung kedudukan Israel.

“Hakikatnya, Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel dan tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.

“Fakta juga membuktikan Malaysia tegas dan konsisten dalam mempertahankan hak Palestin, termasuk mengutuk perbuatan genosid berterusan yang berlaku di Gaza.

“Suara Perdana Menteri adalah antara pemimpin dunia yang paling lantang membela nasib Palestin, malah peluang lawatannya ke Arab Saudi dan Mesir digunakan untuk melobi Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) supaya Israel disingkirkan daripada keanggotaan PBB atas jenayah genosid yang telah diputuskan kesalahannya oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tegas Mujahid, menyingkirkan Israel daripada keanggotaan PBB adalah usaha Malaysia kepada masyarakat antarabangsa bagi mendedahkan jenayah genosid, namun soal kewujudan negara Israel dalam bahasa diplomasi antarabangsa adalah soal hak bernegara masing-masing.

“Tidak mengiktiraf Israel bukan bererti Malaysia akan ‘menghapuskan Israel’. Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri menggunakan lobi antarabangsa mengutuk, dan berusaha menyingkirkan Israel daripada keanggotaan PBB atas dasar kemanusiaan di samping sentimen kemarahan terhadap Israel dikongsi banyak negara lain

“Malaysia mengutuk kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa namun bukan hak Malaysia secara moralnya untuk menggesa pembunuhan yang sama dilakukan ke atas rakyat Israel pula,” ujarnya.

Sehubungan itu, Mujahid menyeru rakyat Malaysia sama ada kerajaan mahu pun pembangkang bersama sama Perdana Menteri menyingkirkan Israel daripada keanggotaan PBB dan terus membela hak Palestin untuk bernegara secara berdaulat.

“Janganlah retorik politik sempit kita membutakan hakikat dan tidak dapat membezakan antara laras bahasa di platform antarabangsa dan sikap kita yang jelas terhadap jenayah perang Israel,” katanya lagi.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan