IMT-GT perkukuh kerjasama ekonomi rentas sempadan, manfaat kepada Perlis

KANGAR – Platform Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) dalam memperkukuh kerjasama ekonomi rentas sempadan mampu dinanfaatkan sepenuhnya oleh Perlis dengan pelbagai projek strategik yang dirancang.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, Perlis yang terletak bersempadan dengan Thailand mempunyai kelebihan besar untuk memanfaatkan IMT-GT bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negeri dan negara.

“Kerjasama ini membuka ruang bagi pelaksanaan projek-projek infrastruktur sempadan yang akan memudahkan pergerakan dan merangsang aktiviti perdagangan di kawasan ini,” katanya.

Menurut Rafizi, pelaksanaan projek-projek tersebut akan memperkukuh Perlis sebagai pintu masuk utama kepada perdagangan rentas sempadan selain menarik pelabur luar ke negeri itu.

“Antara projek berimpak tinggi yang dilaksanakan kerajaan Persekutuan menerusi Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara adalah pembangunan infrastruktur Pelabuhan Darat Perlis (PIP) dan Kawasan Industri Lembah Chuping (CVIA) Fasa 1, dijangka mampu memberi impak besar kepada ekonomi negeri.

“Projek ini dijangka merancakkan pertumbuhan ekonomi melalui penarikan pelaburan berkualiti dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan,” tambah beliau.

Rafizi turut menegaskan bahawa kerjasama erat antara kerajaan pusat, negeri dan pihak berkepentingan lain adalah penting dalam memastikan kejayaan projek tersebut.

“Pembangunan kawasan sempadan ini bukan sahaja akan meningkatkan ketersambungan antara bandar dan luar bandar tetapi juga menggalakkan aktiviti perniagaan dan perdagangan.

“RMK13 akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ekonomi negeri-negeri kecil seperti Perlis, terutamanya dalam mengurangkan jurang ketidakseimbangan ekonomi,” katanya

Rafizi juga menekankan pentingnya memanfaatkan sumber semula jadi dan modal insan Perlis bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negeri kekal mampan dan berdaya saing.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan