Subsidi tambang perjalanan RM300 pelajar IPT Sabah bermula 2025

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah akan memperkenalkan subsidi tambang perjalanan RM300 yang disediakan kepada para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri berkenaan bermula tahun depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, inisiatif baharu pada tahun 2025 yang dikenali sebagai Sumbangan Mahasiswa Pendidikan Tinggi dalam Sabah (Sentosa) akan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian IPT di Sabah.

“Inisiatif ini merupakan pemberian subsidi tambang perjalanan RM300 untuk seorang pelajar IPT dalam negeri.

“Sebanyak RM6 juta dianggarkan akan diperuntukkan dalam inisiatif ini yang akan memberi manfaat kepada 20,000 orang pelajar,” katanya.

Ariffin berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin yang mengutarakan persoalan mengenai perancangan kerajaan negeri dalam menyediakan insentif bantuan kewangan tambang perjalanan kepada para pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPT di negeri berkenaan, dalam sesi soal jawab di persidangan hari pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini pada Isnin.

Related Posts

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

LABUAN – Pergerakan Pemuda UPKO dan Pergerakan Generasi Muda UPKO Labuan membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said yang didakwa menyentuh isu kaum, agama dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

KOTA KINABALU – Penglibatan seramai 300 pelajar daripada pelbagai institusi pengajian tinggi dalam persembahan khas dijangka memberi dimensi baharu kepada Sambutan Hari Malaysia peringkat Negeri Sabah, pada 16 September ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

Leeds belasah Newcastle 4-1

Leeds belasah Newcastle 4-1

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang