Bung Moktar, Zizie sedia bela diri

DATUK Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Hamid berkata, mereka bersedia untuk menjawab pertuduhan rasuah mereka di mahkamah.

Bung Moktar, yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah berkata demikian ketika ditemui selepas Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan mereka membela diri kerana menerima RM2.8 juta berkaitan pelaburan Felcra sembilan tahun lalu.

“Kalau perlu (dengan perintah mahkamah), kita kena akur,” katanya ringkas sebelum keluar dari bangunan Istana Kehakiman kira-kira jam 10 pagi.

Zizie Izette, berpakaian krim dan hitam, dilihat tersenyum di samping suaminya.

Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengembalikan semula pertuduhan rasuah pasangan itu selepas Mahkamah Tinggi membebaskan mereka daripada semua pertuduhan pada 7 Sept tahun lepas.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra untuk melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Beliau didakwa menerima rasuah daripada seorang Madhi, ejen pelaburan Public Mutual Bhd, melalui Zizie Izette di Cawangan Taman Melawati Public Bank di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang pada 12 Jun 2015.

Zizie Izette didakwa atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Related Posts

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

ALOR SETAR – AMANAH menggesa kerajaan meneliti semula kewajaran penganjuran Festival Muzik Air ‘Rain Rave 2026’ yang didakwa tidak selari dengan budaya serta norma masyarakat Malaysia. Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

SANDAKAN – Kerajaan merancang menambah sekurang-kurangnya 81 lagi Wellness Hub di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 119 hab kesihatan komuniti pada masa hadapan. Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan