Mangsa lemas Sungai Air Berok masih belum ditemui, operasi SAR diteruskan

GERIK – Pencarian seorang wanita dipercayai lemas ketika mandi di sungai bersama ahli keluarga di Sungai Air Berok, Kampung Kerunai, di sini diteruskan hari kedua, pada pagi Isnin.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tersebut bagi mencari mangsa, Nur Arina Azizan, 20, dipercayai hanyut dibawa arus deras dalam kejadian sekitar jam 3 petang pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi SAR bagi mengesan mangsa diteruskan pada jam 8 pagi melibatkan dua kumpulan.

Jelas beliau, seramai 57 orang terdiri daripada anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Unit Anjing Pengesan K9, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan pasukan bomba sukarela (PBS).

“Tindakan ops hari ini dipecahkan kepada dua kumpulan di mana kumpulan satu terdiri daripada tiga anggota dan dua anjing pengesan K9, lima anggota PPDA, tiga anggota BBP Gerik dan 20 anggota PBS bersama 10 kayak dan dua buah bot.

“Mereka akan menyusuri sungai bermula dari lokasi mangsa hanyut sehingga ke pertembungan Sungai Beruk dan Sungai Rui.

“Manakala Pasukan PPDA bersama K9 akan melaksanakan selaman sekiranya menjumpai kawasan lubuk di sepanjang Sungai Beruk,”katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Sabarodzi berkata, kumpulan dua pula terdiri daripada masing-masing empat anggota dari PDRM dan JPAM bersama dua buah bot dan dua anggota BBP Gerik bersama sebuah bot.

“Kumpulan ini akan menyusuri Sungai Rui bermula dari Dataran Loma dan akan naik ke persimpangan Sungai Air Beruk selain melaksanakan pencarian di permukaan serta tebing sungai,”tambahnya lagi.

Semalam media melaporkan seorang wanita berusia 20 tahun dikhuatiri lemas manakala ibunya yang berusia 48 tahun terselamat ketika mandi di sungai bersama ahli keluarga dalam kejadian di Sungai Air Berok, Kampung Kerunai Gerik.

Mangsa dipercayai hanyut dibawa arus deras manakala ibunya berjaya diselamatkan orang awam dan dibawa naik ke tebing sebelum ketibaan pihak bomba.

Related Posts

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

BETONG – Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Betong berjaya menarik seramai 97,225 pengunjung. Program berkenaan turut menghimpunkan 48 agensi yang menawarkan sebanyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah