Pasaran pekerjaan diunjur kekal kompetitif

KUALA LUMPUR – Pasaran pekerjaan di Malaysia dijangka kekal kukuh dalam beberapa bulan akan datang, disokong pertumbuhan ekonomi memberangsangkan, kata penganalisis.

Penganalisis TA Securities, Farid Burhanuddin berkata, apabila aktiviti ekonomi dan perniagaan terus berkembang, sudah pasti ia menyumbang kepada penciptaan lebih banyak peluang pekerjaan dan pendapatan dalam ekonomi, yang akan menggalakkan lebih banyak penyertaan tenaga kerja dalam pasaran.

Selain itu, beliau berkata, prestasi Indeks Pelopor (LI) juga terus bertambah baik, menandakan ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan mampan.

Katanya, pada April 2024, LI meningkat sebanyak 4.3 peratus, justeru, pasaran buruh dijangka kekal dalam landasan stabil beberapa bulan akan datang, disokong pertumbuhan ekonomi menggalakkan apabila aktiviti domestik berkembang dan sektor luaran pulih.

“Unjuran kami menunjukkan penurunan dalam kadar pengangguran kepada 3.2 peratus menjelang akhir tahun.

“Tenaga kerja dan angka guna tenaga akan meningkat masing-masing sebanyak 1.7 peratus dan 2.0 peratus tahun ini.

“Pada masa sama, pengangguran dijangka menurun sebanyak 5.2 peratus sepanjang tahun,” katanya dalam nota penyelidikannya.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bilangan penduduk bekerja pada Mei 2024 kekal dalam trend positif, meningkat 0.1 peratus dari bulan ke bulan kepada 16.58 juta orang berbanding 16.56 juta orang pada April 2024.

Sementara, bilangan penganggur pula susut sedikit sebanyak 0.1 peratus daripada 566,400 orang pada April 2024 kepada 566,100 orang pada Mei 2024.

Kadar pengangguran pada bulan itu tidak berubah iaitu pada 3.3 peratus.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen