Kerajaan bimbang dadah sintetik, bahan khayal kini ancaman baharu pelajar

BANDAR BAHARU – Dadah sintetik dan bahan khayal yang tampil dalam pelbagai nama serta bentuk termasuk di dalam cecair vape menjadi ancaman baharu kepada golongan pelajar ketika ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penyalahgunaan bahan terlarang itu kini lebih kepada dadah sintetik, berbanding jenis konvensional.

“Dadah yang menjadi ancaman baharu kepada kita sekarang bukan dadah konvensional tetapi dadah sintetik yang tampil dalam pelbagai bentuk dan nama. Ia sangat dinamik kerana (dibuat) di ‘makmal’, ia boleh dibuat ujian segala macam.

“Dalam banyak dadah sintetik yang dihasilkan, ia ada ciri persamaan iaitu keaslian sangat tinggi. Maknanya bahan yang memberikan kepada ‘kick’ itu sangat tinggi,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Peluncuran Kempen Anti Dadah di Sekolah peringkat Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pasir, di sini hari ini.

Kata beliau, pihak berkuasa dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mempunyai keupayaan untuk mengesan kandungan dadah dan bahan di dalam vape.

“Dalam pindaan Akta Anti Penagih Dadah itu kita masuk, ia memberikan kuasa kepada menteri untuk menyenaraikan (bahan dan dadah). Mesti ada beza penyalahgunaan dadah dan penyalahgunaan bahan, dadah itu memang dadah terlarang (sementara) penyalahgunaan bahan ini apabila diambil tanpa preskripsi daripada pegawai perubatan, dicampur aduk segala macam,” ujarnya.

Di Kangar, pada Rabu lalu, seorang pelajar tingkatan dua yang dipercayai khayal selepas menghisap vape terjatuh dari bumbung tingkat satu bangunan sebuah sekolah menengah.

Related Posts

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

TIDAK perlu menunggu keputusan daripada Perdana Menteri jika mahu mencabar Kerajaan Perpaduan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim. Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan daripada Presiden UMNO, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

KERALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar di sini sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan khidmat awam beliau dalam pelbagai bidang selama lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM