PRK Nenggiri: Undi Bersatu sama macam undi biawak hidup

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas kenyataan Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa yang mengatakan calon Bersatu di Nenggiri lebih matang berbanding calon muda dari BN.

Menurut Puad, meskipun masih di peringkat awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Annuar sudah mula bercakap besar berkenaan calon dari Perikatan Nasional yang disifatkannya sebagai matang namun, membawa maksud calon yang sudah berumur.

“Dia (calon BN) jauh lebih ‘style’, lebih baik, lebih bagus, lebih segala-galanya. Kita faham maksud lebih matang itu ialah calon dari Bersatu mesti orang yang sudah berumur,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam masa sama, Puad turut mengingatkan Annuar agar menyarankan Bersatu supaya tidak tersilap menghantar calon yang menyusahkan rakyat Nenggiri selepas calon daripada parti itu sebelum ini telah membuat peralihan sokongan.

“Lebih baik beritahu Bersatu jangan silap hantar calon lagi. Menyusahkan rakyat. Nenggiri kena tolak calon dari Bersatu awal awal lagi.

“Buat apa ahli Pas mengundi calon Bersatu, undi Bersatu sama macam mengundi biawak hidup, akan ditipu kali kedua.

“Annuar Musa tidak peduli semua itu, dia bukan Pas tulen,” tambahnya.

Related Posts

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar Perdana Menteri menjawab persoalan berkaitan integriti dan beberapa isu yang didakwa masih belum mendapat penjelasan tuntas. Akmal berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

KUALA LUMPUR –  Wanita UMNO mahu semangat yang dicetuskan dalam Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2026 diterjemahkan kepada gerak kerja di lapangan, dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menjadi medan seterusnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula