Warga emas rentung dalam kebakaran dua rumah

RANAU – Seorang warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan dua buah rumah terbakar sepenuhnya di Kampung Muhibbah, di sini pada Jumaat.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, PBK II Mastin Suli berkata mangsa seorang wanita dikenal pasti Wong Ling Ying berusia 74 tahun.

“Mayat mangsa dijumpai dalam rumah pertama oleh pasukan bomba dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“Dua buah rumah jenis tidak kekal berukuran 50×60 kaki persegi terbakar 99 peratus dan 50×50 kaki persegi terbakar 50 peratus berserta kereta jenis Toyota Hilux Single Cab, 100 peratus terbakar dan Perodua Myvi terbakar empat peratus.

“Terdahulu, pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.20 pagi tiba di lokasi dua minit selepas itu, bertindak memadamkan kebakaran menggunakan satu aliran berukuran 200 kaki, dua pancutan dan sumber air daripada jentera dan pili bomba yang berdekatan.

“Operasi keseluruhan dapat dikawal pada pukul 2.28 pagi, dan ditamatkan sepenuhnya pada pukul 4.14 pagi selepas dipastikan tiada lagi bahaya,” katanya di sini pada Jumaat.

Jelas Mastin, operasi berkenaan berjaya dilakukan oleh sembilan anggota bomba bersama empat anggota PDRM dan dua pegawai Sabah Electricity (SE) menggunakan tiga jentera penyelamat dan satu kenderaan pacuan empat roda.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

KUANTAN – MyFuture Policy Lab Edisi Pertama Peringkat Sekolah-Sekolah Parlimen Paya Besar Sesi 2026 menjadi platform baharu dalam usaha memperkukuh kefahaman generasi muda terhadap dasar awam, tadbir urus dan pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM hargai komitmen Selangor jayakan SUKMA

PM hargai komitmen Selangor jayakan SUKMA

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan