Akmal nasihat Jailani kumpul ‘tin milo’ 

SUBANG – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berpesan kepada ADUN Rembia, Muhammad Jailani Khamis supaya menyediakan tabung bagi membayar pampasan RM100 juta kerana melompat parti.

“Semalam Ketua Menteri (Ab Rauf Yusof) dah buat sidang media, Setiausaha Agung UMNO (Asyraf Wajdi) dah keluarkan ‘statement’… sediakan RM100 juta.

“Nasihat saya, siapkan tin-tin milo untuk dikumpulkan,” katanya seperti dilapor Malaysiakini. 

Terdahulu, Asyraf berkata, semua calon BN telah menandatangani akuan bersumpah yang secara jelas menyatakan mereka akan meletakkan jawatan sebagai ahli parti dan wakil rakyat jika menyertai parti politik lain.

Langkah tersebut, katanya bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan dan mereka juga perlu membayar balik kepada BN sebanyak RM100 juta.

Pada 16 Julai lalu, Pas mengumumkan bahawa Jailani – yang digantung enam tahun daripada UMNO – telah menyertai parti itu sejak Jun tahun lalu.

Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, penyertaan Jailani ke dalam Pas tidak akan menjejaskan kedudukan ADUN terbabit kerana DUN Melaka belum menguatkuasakan undang-undang antilompat parti semasa Jailani menyertai parti itu.

Dalam perkembangan lain, Ketua UMNO Subang, Armand Azha Abu Hanifah yang turut hadir pada majlis dirasmikan Akmal hari ini berkata, beliau akan membentangkan usul khas mendesak pelantikan Ketua Pemuda parti itu sebagai menteri Kabinet.

Ini, kata Armand kerana Ketua Pemuda UMNO tidak diberi mandat untuk menerajui jawatan menteri atau timbalan menteri selama dua penggal berturut-turut.

“Kita minta jawatan ini bukan atas kapasiti Dr Akmal. Tapi atas kapasiti Pemuda UMNO Malaysia.

“Bagi saya selaku ketua UMNO bahagian, dah dua penggal Ketua Pemuda tak diberi ruang dan peluang untuk galas jawatan menteri atau timbalan menteri.

“Rakyat nak lihat muka baru, suara baru… ‘the new upcoming leader’… saya yakin Dr Akmal calon sesuai dan calon pewaris yang perlu diangkat suara UMNO dalam Kabinet untuk semak dan imbang,” katanya.

Related Posts

Dulu fitnah lawan politik, kini Pas menghina sahabat Nabi SAW

SEMAKIN hari, semakin sukar untuk menafikan bahawa sebahagian budaya politik Pas hari ini bukan lagi bergerak atas amanah ilmu, fakta dan data, akhlak Islam atau integriti politik, tetapi semakin tenggelam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuda UMNO Pahang gesa pihak berkuasa agama siasat Nik Zawawi

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menggesa pihak berkuasa agama menyiasat iktikad Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh susulan kenyataan kontroversi dibuatnya terhadap sahabat nabi Muhammad SAW,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat