‘Doa bukan untuk menunjuk-nunjuk, berpolitik’

KUALA LUMPUR – “Doa bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada pihak lain, apatah lagi untuk berpolitik dalam berdoa,” demikian catatan hantaran Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di Facebook rasminya.

Dalam hantaran yang sama, beliau turut menjelaskan pengertian doa dalam konteks Islam.

Katanya, doa merupakan permohonan hamba kepada Pencipta yang memiliki segalanya.

“Ia merupakan luahan hajat dan keinginan hamba yang memohon agar Tuhan memustajabkannya. Doa dipohon dalam keadaan pasrah dan rendah diri seorang hamba.

“Apa yang tersimpan dalam dada seorang hamba ketika berdoa hanyalah harapan yang sepenuhnya kepada Allah Maha Agung semata, tidak kepada sesiapa.

“Maka, pastinya doa bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada pihak lain, apatahlagi untuk berpolitik dalam berdoa. Ini kerana, tiada siapa yang dapat memakbulkan doa melainkan Allah sahaja,” katanya.

Baru-baru ini, barisan pembangkang bertindak membaca Qunut Nazilah selepas Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung daripada persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan. 

Wan Ahmad Fayhsal digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan ekoran usul Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana beliau membangkitkan surat layang ketika perbahasan.

Surat layang tersebut berkaitan dakwaan ke atas penjawat awam dengan maklumat yang tidak disahkan.

Keputusan pergantungan itu dibuat setelah usul itu tersebut diluluskan dengan undian 110 anggota parlimen dan diumumkan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Related Posts

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

GOPENG – Program MADANI Kita (PMK) 2026 bukan sekadar platform menyampaikan dasar dan maklumat kerajaan, sebaliknya menjadi medan memperkukuh komunikasi dua hala dengan memberi ruang kepada rakyat menyuarakan pandangan, mengemukakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

BAYAN BARU – Program MADANI Kita (PMK) menjadi antara platform kerajaan untuk mendekati rakyat secara langsung menerusi pendekatan melihat, mendengar dan bertindak terhadap keperluan komuniti setempat. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti